ARKIB

KATEGORI

Buletin

150 juta unit kenderaan Nissan telah berjaya dikeluarkan di seluruh dunia

Views
Nissan celebrates 150 million vehicles produced globally

Nissan Motor Co., Ltd. mencatat satu lembaran baharu setelah berjaya mengeluarkan sebanyak 150 juta unit kenderaan di seluruh dunia. Syarikat tersebut telah mengambil masa sehingga 73 tahun untuk mengeluarkan kenderaan yang ke-100 jutanya sejak ia ditubuhkan pada 1933 dan hanya memerlukan 11 tahun untuk menambah lagi 50 juta unit kenderaan.

Ini merupakan hasil daripada sokongan tanpa henti semua pihak selama 84 kewujudan mereka di arena automotif global. Semasa Nissan merekodkan pengeluaran 100 juta pada 2006, 76.5 peratus daripada jumlah kenderaan tersebut telah dikeluarkan di Jepun. Lokalisasi pengeluaran semakin pantas berkembang sejak 11 tahun yang lalu, dan dalam tempoh itu 76.5 peratus daripada 50 juta kenderaan Nissan telah dibuat di luar Jepun – terutama sekali dari Amerika Syarikat dan China.

Nissan akan terus komited untuk mengeluarkan kenderaan yang memuaskan hati para pelanggan mereka. Tahniah dan syabas kami ucapkan, semoga Nissan terus keluarkan kenderaan yang terbaik untuk masa akan datang!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply