ARKIB

KATEGORI

Buletin

Adakah ini Iriz 2017?

Views

Semalam kami ada cerita pasal Iriz 2017 versi yang diperhalusi dengan beberapa penambaikan bakal keluar tak lama lagi kan? Hari ini kami belanja anda dengan satu ‘foto bocor’ model tersebut. Anda jangan salah faham pula maksud Iriz yang diperhalusi itu, ia tiada kena mengena dengan makhluk halus ke Ceplos. Versi Iriz 2017 ini telah dipertingkatkan NVHnya menggunakan pakej yang sama pada model Persona dengan penggunaan tiga tapak pemasangan (mounting) enjin dan pengenalan warna baharu. Dari segi kosmetik tiada perubahan ketara kecuali bumbung dan sayap Proton pada jeriji hadapan diwarnakan hitam.

BACA >> Proton bakal perkenalkan Iriz yang diperhalusi

Selain itu papan pemukanya turut dipasang dengan tambahan pelapik kedap bunyi. Mungkin ini dapat membantu menghilangkan terus masalah gegaran dan bunyi dari bahagian tersebut yang masih lagi menghantui pemilik model Iriz dan Persona sedia ada. Model Iriz baharu nanti bakal ditawarkan dalam tiga varian iaitu 1.3 Standard, 1.3 Executive, 1.6 Executive. Paling menarik, versi 1.3 Executive turut dilengkapi dengan butang penghidup enjin. Kami jangka model ini bakal membuat kemunculan sebelum Hari Raya nanti, mungkin dalam bulan puasa kot? Nantikan kemunculannya!

* Foto asal terpaksa diturunkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, harap maklum.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply