ARKIB

KATEGORI

Buletin

Amaran! Individu menyamar sebagai penasihat jualan dan Kenderaan Pra-Milik Perodua

Views

Ekoran daripada penahanan seorang lelaki beberapa hari lalu berhubung dengan kes penipuan pembelian kenderaan Perodua, pihak Perodua Sales Sdn Bhd ingin menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan kes-kes seumpama ini. Pihak berkuasa telah menahan seorang lelaki yang menyamar sebagai ejen syarikat Perodua sebelum menjual kenderaan keluaran Perodua di sebuah laman web jual-beli popular yang mana telah menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Menurut Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr. Zahari Husin, kes penipuan ini melibatkan jualan kenderaan baharu dan juga Kenderaan Pra-Milik Perodua (POV). Perodua dan pihak yang terlibat telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang berkaitan. Perodua ingin menasihatkan orang ramai supaya terus berwaspada bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat pembayaran kepada mana-mana akaun individu kerana prosedur operasi standard adalah dengan membuat pembayaran terus kepada Perodua Sales Sdn Bhd atau wakil-wakil pengedar yang sah. Selain itu, beliau juga meminta semua pelanggan mendapatkan resit asal ketika membuat pembayaran.

Kereta POV yang diperakui Perodua hanya boleh dibeli di cawangan Perodua Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Pahang. Perodua POV secara rasminya dibuka untuk perniagaan pada Oktober 2017, menawarkan kereta Perodua terpakai sehingga tujuh tahun, yang mana kereta-kereta tersebut telah menjalani 165 poin pemeriksaan dan diperbaiki oleh Perodua sendiri.

Kereta-kereta tersebut juga akan diberi jaminan sehingga 18 bulan bagi enjin dan transmisi. POV kini beroperasi sepenuhnya di bilik pameran baru Perodua Kuala Lumpur yang mana turut menjual kereta baru Perodua. Kunjungi POV di alamat – Lot 18, Seksyen 86, Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply