ARKIB

KATEGORI

Buletin

ANIH Berhad edar 5,000 biji limau Mandarin kepada pengguna lebuhraya

Views

ANIH Berhad, syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), telah mengedarkan 5,000 biji buah limau kepada pengguna lebuh rayanya. Ia sebagai tanda penghargaan kepada pengguna lebuh raya bersempena kedatangan Tahun Baru Cina pada hari Isnin minggu hadapan.

Pengarah ANIH Berhad, Encik Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein bersama kakitangan lain telah mengagihkan limau mulai jam 3 petang semalam di Plaza Tol Gombak. Turut hadir bagi mengagihkan limau Mandarin itu adalah Puan Radzimah Mohd Radzi, Naib Presiden Kanan, Ketua Pengurusan Aset Tol serta pihak pengurusan ANIH Berhad. ANIH Berhad turut mengambil kesempatan menasihatkan pengguna KLK dan LPT 1 supaya peka dan berhati-hati ketika berada di lebuh raya semasa cuti perayaan ini.

Pemberian buah limau berkenaan yang merupakan program tahunan syarikat dan pada masa yang sama juga menyampaikan mesej keselamatan agar mereka sentiasa peka dan mematuhi undang-undang jalan raya selain menasihatkan mereka supaya berhati-hati dan waspada ketika pemanduan.

ANIH Berhad juga akan menawarkan diskaun tol 10 peratus kepada pengguna Lebuhraya KLK dan LPT 1 yang membuat bayaran secara elektronik (ETC) sempena Tahun Baru Cina. Pemberian diskaun tol itu akan bermula jam 12.00 pagi sehingga 11.59 malam. Pengguna juga disarankan untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Khidmat Pelanggan (PKP) yang terletak di Plaza Tol Gombak dan Bentong untuk menambah nilai kad Touch n Go masing-masing.

Bagi tujuan keselesaan pengguna dan kelancaran trafik, Encik Nik Fauzi berkata, ANIH Berhad turut menyediakan 420 orang kakitangan tol dan 38 pasukan rela bagi melancarkan aliran trafik di 11 Plaza Tol, bermula dari Gombak, Bentong, Karak, Lanchang, Temerloh, Chenor, Maran, Sri Jaya, Gambang, Kuantan dan Jabor.

ANIH menjangkakan kira-kira sejumlah 1.9 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya KLK dan LPT1 dalam tempoh sepuluh hari sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini berbanding sekitar 150,000 kenderaan sehari pada hari biasa. Pengguna disarankan untuk mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan bagi melancarkan perjalanan mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

tta_cny

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply