ARKIB

KATEGORI

Buletin

Apabila Bezza dan Axia bertukar wajah, inilah hasilnya!

Views

Pakar manipulasi automotif yang tersohor, Theophilus Chin sekali lagi menunjukkan kehebatannya dengan membuat pertukaran rupa Perodua Bezza yang baru sahaja dilancarkan malam dengan Axia. Jika Bezza menggunakan rupa Axia Advanced muncungnya agak terlopong kerana jeriji Axia mempunyai bukaan turus kemasukan udara yang agak luas. Sekali imbas ia seperti Mitsubishi Attrage.

13662117_1058831014152973_3184316033845846109_o

Apabila rupa Bezza digunakan pada Axia, ia nampak lebih kemas namun rupanya lebih mirip kepada Suzuki Celerio. Mungkin Perodua sudah mempunyai idea untuk membuat model facelift Axia selepas ini. Cubaan yang baik dari Theo, syabas! Anda memang berbakat.

13724097_1058831010819640_2084055304739373013_o

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

7 Comments


  • axia dengan rupa depan bezza mmg nampak lebih sesuai berbanding dengan rupa depan axia sekarang ni yang nampak garang tak tentu pasal. mungkin perodua boleh consider gabungan ni untuk model facelift axia nanti.


  • Design depan Axia dengan rupa Bezza nampak seakan akan seperti Volkswagen Polo hatchback. Rupa belakang tu teringat kan kepada Honda Jazz sikit. Kemas dan simple. Setuju kalau Perodua keluarkan design sebegini untuk facelift Axia nanti.


  • Perodua bijak kerana develop Bezza dari platform Axia.. Hasilnya, Bezza hampir lengkap menepati ciri2 sebagai kenderaan keluarga yg ekonomi dan selamat

    Luas, ringan, structure yg tegap (5 star ANCAP bg varian tertinggi) dengan harga yg berpatutan..

    Perkara ni yg Proton perlu pelajari, structure yg tegap dan ringan. sbb kenderaan yg ringan akan dapatkan FC yg baik..


  • Bezza advance menawarkan ciri ciri yang menarik perhatian pembeli. Serta tahap keselamatannya yang tinggi. Varian advance mungkin boleh dipertimbangkan jika anda ingin memiliki Bezza. Jika anda berpendapatan rendah dan pertama kali ingin memiliki kereta, varian standard 1.0 + gear up adalah pilihan yang terbaik

Leave a Reply