Baru-baru ini penduduk di kota raya London menjadi panik dan gempar apabila melihat letupan sebuah bas dua tingkat di jambatan Lambeth. Namun semua itu hanyalah aksi lagak ngeri dalam salah satu babak filem terbaharu lakonan Jackie Chan dan Pierce Brosnan berjudul The Foreigner.
Letupan terkawal itu telah memusnahkan bas tersebut dan menyebabkan serpihannya bertaburan, sekaligus menakutkan penduduk setempat yang telah trauma akibat kejadian pengeboman di London tahun lalu. Sejurus selepas letupan tersebut, beberapa penduduk yang ketakutan telah memuatnaik kejadian tersebut ke media sosial.
Ahli Parlimen, Nigel Huddleston telah mengesahkan ia hanya babak lakonan filem dan bukan serangan pengganas seperti yang digembar-gemburkan. Penduduk setempat telah pun diberi amaran awal mengenai letupan terkawal tersebut melalui surat dan papan tanda di laluan tersebut.
Anyone worried about the exploding bus on Lambeth Bridge just now? It was just for a movie. pic.twitter.com/1ypWZZ6jPp
— Nigel Huddleston MP (@HuddlestonNigel) February 7, 2016
KOMEN TERKINI