ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Group Malaysia catat rekod baharu jualan kenderaan plug-in hybrid dalam tempoh empat bulan pertama 2018

Views

Dalam masa empat bulan yang pertama pada tahun 2018, jualan kenderaan berkuasa elektrik BMW Group di seluruh dunia berjumlah 36,692 unit, ia mencatat peningkatan sebanyak 41.7 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas. Pieter Nota, Ahli Lembaga Pengurusan BMW AG yang bertanggungjawab ke atas Jualan dan Jenama BMW berkata, terdapat lebih daripada suku juta kenderaan elektrik BMW Group di atas jalan raya di seluruh dunia.

Gabungan jualan antara kenderaan BMW i, BMW iPerformance dan MINI Electric telah meningkat sehingga 52 peratus pada bulan April (9,831), lantas melakar jualan kereta elektrik BMW Group yang melebihi 250,000 unit dan syarikat berada dalam landasan yang tepat untuk mencapai sasaran jualan melebihi 140,000 unit kenderaan berkuasa elektrik pada tahun ini.

Sehingga bulan April 2018, BMW Group Malaysia telah menyumbang kepada kejayaan ini melalui pengeluaran kenderaan berkuasa elektrik, pada masa yang sama, portfolio jualan Plug-In Hybrid pengeluar kenderaan premium ini di seluruh negara kini merangkumi 52.7 peratus daripada keseluruhan unit kenderaan yang terjual.

En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, portfolio kenderaan Visionary Mobility kami telah berkembang secara kukuh, dan kini syarikat mempunyai varian kenderaan Plug-In Hybrid untuk hampir kesemua model yang ditawarkan lantas membentuk portfolio yang terbesar dalam industri automotif di Malaysia.

Dalam masa empat bulan yang pertama pada tahun 2018 sahaja, BMW Group Malaysia telah memperkenalkan dua kenderaan plug-in hybrid di Malaysia, iaitu BMW 530e Sport pada bulan Januari dan BMW 5 Series Hybrid (dilengkapi dengan Teknologi eDrive) yang juga merupakan model kelima BMW iPerformance yang diperkenalkan di Malaysia. Pengeluar kenderaan premium ini kemudiannya telah memperkenalkan jentera baharu MINI Countryman Plug-In Hybrid, iaitu varian kenderaan Plug-In Hybrid yang pertama untuk jenama MINI.

Pengeluar kenderaan premium ini juga telah meluaskan kemudahan fasiliti pengecasan bagi kenderaan elektrik dan kenderaan Plug-In Hybrid dengan mendirikan BMW i Charging Stations di WEIL Hotel yang terletak di Ipoh, ia merupakan fasiliti pertama yang dibangunkan di negeri Perak bersama rakan pengedar, Tian Siang Premium Auto; juga di Holiday Inn Melaka dan The Equatorial Melaka, antara fasiliti yang pertama di negeri Melaka bersama rakan pengedar, Seong Hoe Premium Motors; serta di CityONE Megamall Kuching, fasiliti pertama di negeri Sarawak bersama rakan pengedar, Regas Premium Auto Sarawak.

Atas kolaborasi bersama Malaysian Green Technology Corporation, portfolio Mobiliti Bervisi yang digagaskan oleh BMW Group Malaysia melalui kenderaan BMW iPerformance dan MINI Electric juga disokong oleh platform ChargEV yang mempunyai rangkaian yang kian berkembang dan terdiri daripada 270 fasiliti di seluruh negara.

Dengan matlamat untuk memacu masa depan Mobiliti Elektro di Malaysia, pengeluar kenderaan premium ini juga telah mempamerkan jentera BMW i3 di Malaysia Autoshow 2018, iaitu kereta elektrik BMW Group yang paling laris dalam segmen kompak premium di seluruh dunia. Kereta elektrik yang dinamik ini telah ditawarkan kepada orang ramai untuk diuji pandu. Lebih daripada 40 orang telah mengambil peluang tersebut untuk menguji pandu kenderaan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply