ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Motorrad lancar tiga varian BMW Heritage baharu

Views

Sempena acara BMW Motorrad Nightfuel kali yang kedua, BMW Motorrad telah melancarkan varian-varian BMW Motorrad Heritage – BMW R nineT, BMW R nineT Pure dan BMW R nineT Racer baharu. Acara tersebut turut dimeriahkan lagi dengan makan malam dan persembahan secara langsung daripada kumpulan muzik tempatan NRG atau “Name, Reputation & Glamour”.

Menampilkan intipati perjalanan BMW Motorrad yang mengujakan selama lebih 90 tahun, BMW R nineT yang telah dinaik taraf jelas menggambarkan masa silam penuh gemilang BMW Motorrad. Ia hadir dengan satu konsep keseronokan tunggangan yang unik bersama reka bentuk klasik, minimalis dan fokus terperinci terhadap aspek teknikal.

BMW R nineT Pure baharu ialah sebuah roadster yang sejati. Manakala BMW R nineT Racer pula sebuah motosikal sport klasik dan old school dengan fairing separuh, di mana konsep rekaan begitu cukup popular sekitar tahun 1960 dan 1970-an. Ia dilihat terus membangkitkan nostalgia dalam kalangan ramai peminat motosikal hingga ke hari ini.

Model-model BMW Heritage dikuasakan oleh enjin boxer dengan sistem penyejukan udara/cecair berkapasiti 1,170cc yang penuh kuasa. Enjin yang dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan itu mampu menjana kuasa mencecah 110hp dan tork maksimum 116Nm. Rangkaian kuasa itu direka untuk memenuhi piawaian emisi EU4. Sebab itulah semua motosikal tersebut didatangkan dengan ciri-ciri seperti pemetaan enjin yang baru dan sistem bahan api bersama tabung karbon untuk ventilasi tangki minyak. Tidak terkecuali, sistem ekzos dengan satu pengubah bermangkin (catalytic converter) yang mempunyai bahagian silang lebih besar.

Harga runcit (termasuk GST, tanpa kos-kos lain) untuk model-model ini ialah:

BMW R nineT – RM101,900.00
BMW R nineT Pure – RM 82,900.00
BMW R nineT Racer – RM 88,900.00

KLIK UNTUK BESARKAN

BMW 01 BMW 02 BMW 03

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply