ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW perkenal rekabentuk stesen hidrogen masa hadapan

Views

BMW Designworks kini sedang bekerjasama dengan Shell untuk mencipta stesen pengisian hidrogen. Ketika ini, rekabentuk stesen yang dinamakan Oasis itu dipamerkan di Hannover Messe. Rekabentuknya amat radikal dan berbeza jika dibandingkan dengan stesen mengisi bahan bakar hidrogen tradisional yang masih bercirikan pam bahan api konvensional. Oasis menampilkan rekabentuk unik berbentuk huruf I dengan tiang besar yang boleh naik ke atas dan mewujudkan beacon untuk para pelanggan.

Stesen itu juga mempunyai rekabentuk yang ringkas kerana BMW mahu menyembunyikan segala bahagian mekanikal dari pandangan. Selain itu, rekabentuknya juga amat futusristik dan menawarkan pengalaman pengguna yang unik kerana pelanggan akan disambut dengan paparan digital bersaiz besar yang menyediakan gambaran keseluruhan proses pengisian hidrogen serta maklumat penting seperti harga serta masa pengisian.

BMW juga merekabentuk semula muncung pengisian hidrogen supaya ia lebih mudah untuk diangkat keluar dan dikembalikan ke tempat asalnya. Dalam satu kenyataan, Pengurus Besar Shell Hidrogen berkata mereka sangat berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan Designworks dalam membangunkan dispenser hidrogen baharu yang membolehkan mereka meningkatkan pengalaman pelanggan semasa mengisi hidrogen. Ia bukan sahaja melancarkan pengisian, malah ia juga akan membantu menjadikan hidrogen pilihan bahan api yang lebih menarik pada masa akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

BMW-Fueling-Station-1 BMW-Fueling-Station-2 BMW-Fueling-Station-3 BMW-Fueling-Station-4 BMW-Fueling-Station-5

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply