ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW X3 serba baharu dilancarkan

Views

BMW Group Malaysia memperkenalkan BMW X3 yang akan dipasang di dalam negara buat julung kalinya. Langkah ini bakal menjadikan Malaysia sebagai hab BWM Group di rantau Asia Tenggara. En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap CEO BMW Group Malaysia berkata, berdasarkan sejarah industri automotif premium, jentera inilah yang mewujudkan segmen premium SAV bagi kenderaan bersaiz sederhana pada tahun 2003. Ini merupakan model generasi kedua BMW X3, dan lebih daripada 1.5 juta unit telah berjaya dijual di seluruh dunia.

Tambah Hoelzl lagi, dengan penjualan kenderaan melebihi 1,000 unit pada tahun 2018, keluaran BMW X sedang menikmati peningkatan sebanyak 39 peratus di Malaysia, berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Jentera yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ini ialah The Boss – iaitu BMW X5, dan BMW X2 yang pertama.

Secara keseluruhannya, BMW Group Malaysia telah menjual 3,000 unit kenderaan BMW, MINI dan Motorrad pada suku pertama tahun 2018, dengan pertumbuhan sebanyak 15 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas dengan penjualan sebanyak 2,600 unit kenderaan. Secara terperinci, BMW telah menyaksikan perkembangan penjualan sebanyak 18 peratus dengan penjualan lebih daripada 2,500 unit kenderaan baharu pada suku pertama 2018 (S12017: 2,100 unit kenderaan).

MINI pula telah berkembang sebanyak 6 peratus dengan penjualan 220 unit kenderaan berbanding tahun 2017 dalam tempoh yang sama dengan penjualan sebanyak 200 unit kenderaan. Sementara itu, BMW Motorrad telah mencatat perkembangan sebanyak 2 peratus pada suku pertama tahun 2018 dengan penjualan menghampiri 260 unit motosikal.

Fakta menarik mengenai BMW X3 baharu:

  • Menampilkan reka bentuk yang lebih menonjol dan dinamik, serta dilengkapi dengan sistem pemanduan yang terbaik.
  • BMW X3 digelar The Independent dalam Famili BMW X.
  • Hadir dalam varian BMW X3 xDrive30i Luxury.
  • Jarak roda kenderaan ini dipanjangkan lagi sebanyak lima sentimeter.
  • Bonet yang lebih luas serta unjur hadapan yang lebih singkat bagi mewujudkan keseimbangan yang lebih kukuh.
  • Buat pertama kalinya untuk model BMW X, beberapa perincian terbaharu ditampilkan di bahagian hadapan dengan rekaan signatur gril kidney tiga dimensi serta lampu kabus berbentuk heksagon.
  • Ia turut dilengkapi dengan lampu unit LED yang merangkumi lampu malap dan lampu suluh tinggi, lampu sisi dan lampu membelok.
  • Model ini juga turut menampilkan teknologi bantuan lampu suluh tinggi (high-beam assistant).
  • Bahagian bawah badan kereta ini pula dilindungi dengan salutan warna kelabu (Frozen Grey) dan kilatan krom (High-gloss Chrome) selain turut hadir dengan tayar aloi Double Spoke dwiwarna kelabu (Ferric Grey) bersaiz 19”.
  • Di bahagian belakang pula, ia tampil gah dengan susunan lampu-lampu dengan impak visual dari unit LED tiga dimensi, spoiler bumbung dengan rekaan unik dan paip ekzos berkembar.
  • Ruangan kargonya boleh menampung berkapasiti 550 liter hingga 1,600 liter.
  • Ciri Comfort Access akan memudahkan pengguna untuk mengakses kenderaan ini serta pintu but kenderaan ini tanpa menggunakan kunci.
  • Dilengkapi dengan enjin petrol BMW TwinPower Turbo 2.0 liter empat-silinder yang merangkumi pengecasan turbo TwinScroll, High Precision Injection, kawalan aci sesondol boleh ubah Double-VANOS, dan pemasaan injap boleh ubah sepenuhnya Valvetronic.
  • Dipadankan dengan transmisi 8-kelajuan Steptronic Sport.
  • BMW X3 terbaharu ini boleh memecut dari 0-100km dalam masa 6.3 saat dengan kelajuan maksimum 240 km/j. Ia mampu menjana output maksimum sebanyak 252hp dan tork mencecah 350Nm.
  • Beratnya telah berkurangan sebanyak 55kg berbanding model terdahulu.
  • Bacaan aerodinamik terendah iaitu 0.29 cD.
  • Driving Experience Control menawarkan pilihan mod seperti ECO PRO, COMFORT, SPORT dan SPORT+.
  • Dilengkapi dengan Dynamic Stability Control (DSC) yang memberikan pemandu kebolehan untuk mengawal kenderaan dengan lebih cekap walaupun ketika memecut.
  • Pemanduan off-road model ini didatangkan dengan kebolehan kawalan menurun bukit (Hill Descent Control) untuk memastikan kestabilan kelajuan ketika menuruni laluan curam.
  • Ruang simpanan kenderaan ini yang direka dengan ketelitian dapat diakses dengan mudah, selain permukaan penghawa dingin, audio dan juga pengawal stereng kenderaan ini yang disaluti dengan plat tergalvani serba mewah dan premium.
  • Kerusi sport yang dikemaskan dengan Leather Vernasca serta sulaman kontra yang menawan, dilengkapi dengan pad penyandar sisi dan ruangan bahagian bahu.
  • Papan pemuka BMW X3 diletakkan pada kedudukan yang lebih rendah untuk memberikan “Command Position” kepada pemandu yang menawarkan kawalan dan perhatian menyeluruh.
  • Panel instrumen diberi sentuhan kemasan dengan jahitan kontra berserta jaluran trim dalaman berwarna kayu Oak gelap bersama sulaman jaluran serba krom (Pearl Chrome).
  • Model ini juga didatangkan dengan pencahayaan 6 tona warna ambien (oren, ungu, hijau, gangsa, biru, dan putih) di ruangan dalaman yang turut menawarkan seleksi kontur dan mood pencahayaan.
  • Dilengkapi dengan kamera belakang, serta Pengawalan Jarak Parkir (Park Distance Control).
  • Panel instrument pelbagai fungsi dengan teknologi Black Panel yang menggantikan kluster tolok klasik terdahulu.
  • Paparan informasi utama bersaiz 10.25 inci BMW X3 terbaharu ini dipasang di atas panel instrumen dengan kawalan fungsi sesentuh yang memberi akses intuitif terhadap informasi yang diperlukan oleh pemandu.
  • Dilengkapi dengan BMW ConnectedDrive dan Welcome Light Carpet.

Model BMW X3 terbaharu ini ditawarkan dalam variasi warna serba baharu seperti coklat (Terra Brown), hitam (Black Sapphire), perak (Glacier Silver) dan putih (Alpine White). Ruangan dalaman kenderaan yang disertakan dengan Vernasca Black sesuai untuk dipadankan dengan Alpine White, Black Sapphire, Glacier Silver dan Terra Brown; manakala Vernasca Mokka sesuai untuk dipadankan dengan Alpine White dan Black Sapphire.

Model terbaharu BMW akan mula menjengah pasaran mulai Rabu, 25 April 2018 menerusi pengedar-pengedar BMW yang sah di seluruh negara. Penghantaran pula dijadualkan bermula pada Julai 2018. Pembeli BMW X3 juga boleh menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia yang merangkumi:

  • Waranti Perbatuan tanpa Had selama 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma.
  • Program Waranti Tayar selama 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis Run Flat Tyre.
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW.
  • Aplikasi Mudah Alih BMW Group Loyalty+ – BMW White Card.
  • Servis Atas Talian oleh BMW.

Anggaran* harga jualan (atas jalan, tanpa insurans) BMW X3 yang terbaharu ialah:

BMW X3 xDrive30i – RM 320,000.00*

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply