ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ciri ciri menarik Vespa Sprint 150cc ABS

Views

Kami rasa jika sebut sahaja nama Vespa, pasti semua akan terbayang dengan skuter mereka yang sangat ikonik itu. Naza Premira Sdn Bhd, yang merupakan pengedar rasmi jenama tersebut baru baru ini telah memperkenalkan Edisi Terhad Vespa Sprint Adventure yang merupakan versi naik-taraf Vespa Sprint 150cc ABS. Ia direka dengan menampilkan gaya kembara yang unik.

Apa yang membuatkan Vespa Sprint 150cc ABS ini unik?

1. Skuter ini dilengkapi dengan perincian warna hitam kusam yang sporty dan aksesori perjalanan.

2. Hanya terdapat dalam dua pilihan warna : Green Matt dan Desert Sand.

3. Dilengkapi enjin berteknologi tinggi i-Get baru dari Piaggio bersesaran 150cc. Enjin empat-lejang dengan tiga-injap, SOHC itu turut dilengkapi dengan teknologi penyejukan udara dengan pancitan elektronik (Port Fuel Injection) yang turut disertakan dengan sensor barometer.

4. Enjin yang dipadankan transmisi CVT dengan pelayan kilas ini mampu menghasilkan 9.5 kW pada 7,750 rpm serta 12.8 Nm pada 6,500 rpm. Ia juga terbukti menjimatkan dan berjaya mencatat penggunaan petrol sebanyak 42km seliter dalam ujian WMTC.

5. Enjin ini juga lebih senyap dan menyenangkan halwa telinga.

6. Namanya sahaja sudah cukup membuktikannya dilengkapi dengan sistem brek ABS.

7. Vespa Sprint 150cc ABS dilengkapi dengan rim bersaiz 12” yang moden dan canggih dengan rekabentuk lima jejari berkembar.

8. Harga bagi unit Edisi Terhad ini dijual pada RM17,000 seunit termasuk tambahan tiga aksesori seperti rak barang belakang warna hitam, rak barang hadapan warna hitam dan skrin pelindung hadapan yang digelapkan (smoked).

SPESIFIKASI TEKNIKAL

Microsoft Word - Vespa Sprint Adventure.docx

KLIK UNTUK BESARKAN

HyperFocal: 0 HyperFocal: 0 HyperFocal: 0 HyperFocal: 0 HyperFocal: 0 HyperFocal: 0

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply