ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daihatsu Terios (D14N) generasi baharu bakal dilancarkan pada 2018

Views

Berita ini mengesahkan lagi kehadiran model SUV ketiga Perodua (namakod D38L) kerana PT Astra Daihatsu Motor Indonesia sedang giat membangunkan sebuah SUV tujuh-tempat duduk, generasi baharu Daihatsu Terios (namakod D14N). Melalui maklumat yang kami perolehi, pembangunan Terios serba baharu kini berada di fasa percubaan pembuatan badan, kimpalan dan komponen casis yang kini sedang dilakukan di Daihatsu Motor Corporation. Dijangka model ini akan diluncurkan secara rasmi di Indonesia pada tahun 2018.

Dikatakan model yang bakal menjelma sebagai Daihatsu Terios generasi baharu adalah Daihatsu FT-Concept, sebuah SUV kompak tujuh-tempat duduk yang telah dipertontonkan semasa Gaikindo Indonesia International Auto Show 2015. Jika ia benar, ini merupakan kali kedua Daihatsu Indonesia, mengeluarkan kereta dari model konsep ke pasaran. Pada 2011, mereka memperkenalkan model hatchback kompak A-Concept yang telah diproduksikan sebagai Daihatsu Ayla dan Toyota Agya (Perodua Axia di Malaysia). Kemudian mereka memperkenalkan pula Daihatsu UFC Concept yang dijelmakan ke fasa pengeluaran sebagai Daihatsu Sigra dan Toyota Calya.

Adakah Daihatsu Terios generasi baharu bakal menjadi kembar kepada SUV Perodua (D38L)? Yang manakah akan dilancarkan terlebih dahulu? Kita sama-sama nantikan!

JOM TONTON : ENGEAR Episod 3 – Peugeot 208 PureTech

Daihatsu FT Concept

  • Berada dalam segmen-B (lebih besar daripada FX Concept).
  • SUV tujuh tempat duduk seperti Honda BR-V.
  • Dimensi – 4,350mm (panjang), 1,750mm (lebar) dan 1,690mm (tinggi), dengan jarak roda 2,685mm.
  • Rekabentuk nampak lebih tegap dan sporty.
  • Enjin berkapasiti 1.5 liter.
  • Model konsep yang hampir dengan fasa pengeluaran.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply