ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Demak ECO 3 belum dibuka untuk tempahan, masih tunggu kelulusan dari JPJ

Views

Setelah mendapat pelbagai respon dari orang ramai yang inginkan maklumat lebih lanjut mengenai model motosikal tiga roda berbumbung, ECO 3 keluaran Demak, kami telah menghubungi wakil syarikat tersebut, saudara Izzat Halim untuk mendapatkan maklumat yang sah. Menurutnya, model ini dalam fasa terakhir untuk menunggu kelulusan dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum dibenarkan berada di jalan raya. Tambahnya lagi, Demak ECO 3 boleh dibeli oleh usahawan mikro yang berniaga di tempat yang berkompaun.

Untuk menggunakan kenderaan ini, pemilik perlu memiliki lesen motosikal dan juga GDL (Goods Driving License) kerana ia membawa barangan, sama seperti trak makanan. Model ECO 3 ini juga dikenali sebagai Smart Micro Cold-chain Vehicle (MCV) dan Micro Mobile Business Vehicle (MBC) yang disasarkan untuk golongan usahawan mikro.

Info menarik mengenai Demak ECO 3:

  • Ia mempunyai dua versi, petrol dan elektrik.
  • Harga untuk versi petrol dalam lingkungan RM20K, manakala versi elektrik pula berharga dalam lingkungan RM25K seunit.
  • Untuk versi petrol ia dijanakan oleh enjin berkapasiti 200cc.
  • Untuk versi elektrik pula ia dilengkapi bateri litihium ion yang membolehkannya bergerak sejauh 100km – 150km untuk sekali cas penuh.
  • Pihak Demak telah menghadkan kelajuan kenderaan ini antara 60 – 70 km/j sahaja atas faktor keselamatan.
  • Demak ECO 3 turut dilengkapi dengan ciri GPS dan panel solar LED.

Buat masa ini Demak masih belum membuka tempahan untuk model ECO 3 dan dijangka ia bakal diperkenalkan secara rasmi selewat-lewatnya pada suku pertama tahun ini. Sebarang maklumat rasmi mengenai tempahan dan pelancaran akan diumumkan di laman Facebook rasmi Demak dari semasa ke semasa. Kami juga akan memaklumkan kepada anda semua sekiranya ada perkembangan terkini mengenai Demak ECO 3.

Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply