ARKIB

KATEGORI

Buletin

Diskaun tol 10 peratus di KLK dan LPT 1 melalui pembayaran secara elektronik sempena Aidilfitri

Views

Ini berita baik kepada pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri minggu hadapan. ANIH Berhad selaku pemegang konsesi kedua-dua lebuhraya tersebut mengumumkan diskaun sebanyak 10% untuk semua pengguna yang membuat bayaran secara elektronik di KLK dan LPT1. Diskaun itu akan ditawarkan secara 24 jam, bermula jam 12.00 pagi hari Rabu, 6 Julai 2016.

Selian itu, ANIH Berhad juga mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai langkah untuk membantu pengguna menikmati perjalanan yang selesa di KLK dan LPT 1 pada waktu puncak di musim cuti perayaan Aidilfitri.

Pengarah ANIH Berhad, En Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein berkata, “Diskaun ini sebahagian komitmen tanggungjawab sosial ANIH Berhad kepada pengguna KLK dan LPT 1 selain sebagai tanda penghargaan kepada pengguna yang sentiasa menyokong perkhidmatan rangkaian lebuh raya kami,”.

Jadual TTA Aidilfitri 2016 untuk pengguna KLK dan LPT 1 pula memberi penekanan trend perjalanan yang akan bermula dari 2 hingga 3 Julai 2016 (bagi yang ingin pulang ke negeri di Pantai Timur), dan 9 hingga 10 Julai 2016 (untuk pengguna kembali semula ke ibu kota).

Dijangkakan jumlah kenderaan di KLK dan LPT 1 pada waktu puncak meningkat kepada 264,258 kenderaan sehari. Ia merupakan peningkatan sebanyak 87% berbanding hari-hari biasa dan waktu puncak dijangka bermula pada 1 hingga 3 Julai 2016 dan 8 hingga 10 Julai 2016.

Jadual TTA yang diperkenalkan ANIH Berhad sejak 2009 bertujuan untuk menyuraikan pergerakan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.

Pengguna juga dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat trafik terkini di KLK dan LPT 1 menerusi laman sosial Twitter di akaun @LPTTrafik atau Facebook di akaun Lebuhraya Pantai Timur, talian LPT-Line 09-547 9111, papan tanda elektronik serta mengikuti laporan trafik terkini melalui siaran radio.

KLIK UNTUK BESARKAN

TTA_2016_BM

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply