ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Ekslusif: Enjin GDI Proton akan gunakan Integrated Exhaust Manifold

Views

Semasa sesi pandu uji media Proton Persona ke Kuantan baru baru ini, editor kami Shamsul Yunos sempat menemubual En. Amrizal Abdul Majid yang merupakan Ketua Pembangunan Kenderaan dan Kejuruteraan Proton. Kami dapat ‘mengorek’ sedikit informasi berkaitan enjin GDI Proton yang kini sedang dibangunkan. Antara teknologi canggih dan terkini yang ada pada enjin tersebut ialah Dual VVT, Pancarongga Ekzos Bersepadu (Integrated Exhaust Manifold) dan Rantai Sawat Pemasa (Timing Chain).

Pancarongga Ekzos Bersepadu (Integrated Exhaust Manifold) adalah teknologi terkini yang dibangunkan oleh Lotus sejak 2007 dan ianya kini digunakan oleh enjin terkini dari GM dan juga Volkswagen Audi Group. Enjin EA888 Volkswagen dan Audi menggunakan teknologi ini. Antara kebaikan Pancarongga Ekzos Bersepadu (Integrated Exhaust Manifold) ialah ia dapat mengurangkan kehilangan haba yang tak terkawal dan dapat menghasilkan penjimatan bahan api. Pancarongga Ekzos Bersepadu (Integrated Exhaust Manifold) dibentuk terus dalam kepala silinder (cylinder head) itu sendiri ketika proses acuan.

ecottec71

Foto : Pancarongga Ekzos Bersepadu (Integrated Exhaust Manifold) enjin Ecotec dari GM.

Ia dapat mengurangkan masalah penyelenggaraan kerana tidak terdapat banyak gasket yang diperlukan untuk melekatkan pancarongga (manifold) asing kepada blok enjin. Mereka yang suka menukar manifold untuk mendapatkan prestasi tambahan mungkin kurang gemar dengan teknologi terkini ini kerana menyukarkan usaha mereka menambah kuasa. Bagaimanapun, untuk pengguna biasa, teknologi ini dijangka dapat membawa pelbagai kebaikan dari segi penjimatan bahan api, menurunkan tahap bunyi dan mungkin juga gegaran serta mengurangkan keperluan penyelenggaraan sistem ekzos. Dijangka enjin ini siap dibangunkan dan sedia untuk pengeluaran adalah pada penghujung tahun hadapan dan berkemungkinan Iriz versi naik taraf bakal menjadi model pertama yang menggunakan enjin tersebut. Paling awal enjin ini berada di jalan raya untuk kegunaan awam kami jangka pada 2018.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

24 Comments


    • Perodua Kembara sudah gunakan enjin Dvvt sejak 10 tahun lalu, enjin dari Toyota..
      Proton bangunkan enjin Dual vvt + T-GDI + Euro 6c + integrated exhaust manifold + ??..
      Lotus sudah bangunkanya sejak 2007, lebih ringan dan lebih kuasa..
      Proton membelanjakan sejumlah modal permulaan yang besar pada 2015 untuk membangunkan enjin baru yang akan diguna pakai sehingga 2030..
      Keluarga enjin yang dibangunkan termasuklah 1.0L, 1.2L, 1.3L, 1.5L, 1.8L, 2.0L, 2.2L..
      Selain enjin, Proton Membelanjakan jumlah modal RnD yang besar pada 2015 untuk membangunkan 3 model baru Proton Perdana, Persona, Saga..


      • Ye.. Tapi sekarang ni, mana dual vvt untuk Proton? Mana? Mana? Yang tahu, dual vvt dah masuk dalam Vios dah.. Proton bila lagi? Bila bila? VVT ni Kembara dah lama pakai dah (DVVT). Proton baru 2014 guna enjin VVT. adoh!


        • Amran. Orang typical bengap2 suam macam ko la yang selalunya bawak myvi tapi rasa macam bawak ferrari. Ko tau tak enjin DVVT tu macam mana pon..? adohai.

          Ia adalah konfigurasi bukaan injap enjin untuk optimize pengeluaran tenaga dari enjin pada RPM dan kelajuan tertentu di samping mengurangkan penggunaan minyak. Lain pengeluar, lain nama dan teknik yang dipakai.. ada yg mechanically driven, ada yg electronic.

          daihatsu panggil DVVT, subaru panggil AVLS, proton panggil CPS/VVT.. xde syarat bertulis atau standard manufacturer nak panggil apa..

          sekian. bukak minda dan rajin2 lah membaca & menuntut ilmu..


        • Bengap……!
          Mereka dah bangunkan IAFM, CPS, CFE, VVT sebelumnya. Dan sedang bangunkan DVVT, T-GDI, IEM jauh melebihi standard emisi euro6. Bukan pinjam enjin semata²


      • Hmmm… Kesimpulannya kerugian yang dicatatkan Proton pada 2015 sebenarnya adalah pelaburan jangka panjang. Enjin yang dibangunkan akan di gunakan bermula 2018 sehingga 2028.

        Selain itu empat model yang dibangunkan pada 2015 seperti Perdana, Persona, Saga, Ertiga merupakan pelaburan jangka sederhana. Model² tersebut dilancarkan pada 2016 Dan dijangka diproduksikan sehingga 2024 sebelum model pengganti dibangunkan.


      • Enjin DVVT Kembara tiada T-GDI, tiada Euro 6c(euro2 sahaja), tiada integrated exhaust manifold(traditional kepala silinder).. Petonas telah bangunkan enjin VVT sejak 1998, enjin E01 sangat ringan dan sangat berkuasa..

        Kurang gemar dengan enjin 3 silinder, bunyinya sedikit sumbang.. Tapi mungkin enjin 3 silinder T-GDI Proton sedikit merdu, kita nantikan 2018 pelancarannya..


        • Perodua sepatutnya dah guna enjin euro 6. Daihatsu Dan Toyota sudah guna enjin euro6 beberapa tahun lalu. Perodua mungkin beberapa tahun lagi setelah euro 7 dikuatkuasakan pun belum tentu lagi boleh guna enjin euro6 Toyota.

          T-gdi?
          Jangan mimpi perodua nak guna


    • Perodua biasa nye x buat enjin salin je ngan abg besar jepun daihatsu n toyota ..dvvt ke vvt ke vvti ke sume same pki dua cam beza eletronik jela…sepenuhnye atau separa..


  • good this is step by step of building a good car. its the begining,,,,

    1 need a well up to date engine – yes (gdi)
    2 need a good gearbox – unknown
    3 need a good chassis – yes (they have it)
    4 need good brakes – some yes
    5 need good ergonomic – no ( quite tiring , incorrect steering reach, heavy as well )
    6 need good fittings – some ok mostly not,

    what makes a good car if 1 – 6 are good , only then its good.


    • Nanti Suzuki pulak arahkan proton bangunkan enjin. Sebagaimana VW mengarahkan Bugatti bangunkan enjin paling berkuasa.. Begitu juga anak² syarikat VW yang lain. Bukan semudah yang disangka. Hanya sebahagian bantuan fasility Dan teknologi RnD Dari syarikat induk.


  • Simpan dulu kereta aku umur dah 10 tahun ni. Tunggu 2018 baru trade in keta, tukar Proton enjin GDI.. dgr2 Campro VVT tetap digunakan untuk model2 tertentu dan pasaran tertentu..


  • Dengan adanya keluarga enjin baru 2018 Proton perlu susun lebih rapi setiap keluaran keretanya, contohnya:-

    Sagmen-A >menggunakan enjin 1.0L t-gdi / 1.2L t-gdi /1.3L t-gdi
    -Kereta kecil bajet
    -contoh Saga

    Segmen-B >menggunakan enjin 1.5L t-gdi
    -Kereta Kecil yang dilengkapi tahap keselamatan yang terkini
    -Mini MPV
    -Contoh Persona / Iriz / Iriz active AWD / Ertiga

    Segmen-C >menggunakan enjin 1.8L t-gdi yang dijana dengan sangat baik
    -Kereta sport sedan / sport hatchback yang dilengkapi dengan tahap keselamatan tertinggi
    -Compact MPV (minivan)
    -contoh Preve / Suprima S / Suprima Active AWD / Satria / Exora

    Segmen=D >menggunakan enjin 2.0L t-gdi / 2.2L t-gdi
    -kereta sedan bersaiz penuh dilengkapi dengan ciri-ciri tahap keselamatan terkini dan tertinggi
    serta kualiti yang tinggi
    -MPV saiz penuh
    -contoh Perdana

Leave a Reply