ARKIB

KATEGORI

Buletin

Enam pelanggan bertuah Promosi Global Shell Rimula menangi percutian ke Afrika Selatan

Views

Malam Shell Rimula adalah acara tahunan yang diadakan untuk meraikan perkongsian Shell Rimula dengan para pelanggan utamanya di Malaysia. Di Sabah dan Sarawak terutamanya, Shell Rimula menjadi jenama minyak enjin diesel tugas berat pilihan yang utama sejak enam dekad lalu. Sempena malam tersebut, enam daripada lapan pemenang bertuah Hadiah Utama bagi Promosi Global Shell Rimula tahun ini berjaya memenangi percutian VIP yang dibiayai sepenuhnya selama lima hari ke Afrika Selatan.

Mereka adalah Chong Kong Jam dari Pelabuhan Klang, Selangor; Liew Sin Leong dari Papar; Sabah; Song Mee Shan dari Mukah, Sarawak; Siti Rozita Jamalludin dari Rawang, Selangor; Tang Ai Kwong dari Miri, Sarawak dan Tio Tung Khing dari Kuching, Sarawak. Mereka akan berpeluang untuk memandu berbagai-bagai mesin berkejituan tinggi dalam satu siri cabaran yang amat menyeronokkan, melawat safari dan menikmati pemandangan indah bandar Cape Town yang terletak di pinggir laut.

“Shell Rimula menawarkan lebih daripada pelincir termaju yang memberikan kesan yang terbukti dan ketara bagi perniagaan yang beroperasi dalam persekitaran ekonomi yang kian mencabar.” kata Pengarah Eksekutif Shell Lubricants –Asia Tenggara, Troy Chapman, pada Malam Shell Rimula 2016 yang dihadiri oleh lebih daripada 350 peserta dari seluruh Malaysia.

Persidangan Teknologi Shell Rimula, yang diadakan sempena Malam Shell Rimula tahun ini, menunjukkan bagaimana Pelincir Shell dapat menggunakan kepimpinan teknologi dan sumber globalnya untuk membantu pelanggannya supaya dapat sentiasa berada di hadapan.    Penyertaan Shell Shanghai Technology Centre (SSTC) menggambarkan komitmen Shell Rimula untuk membawa kepakaran teknologinya lebih hampir dengan pelanggan dan rakan kongsi di rantau ini. SSTC, salah sebuah daripada jaringan sembilan buah pusat teknologi Shell di seluruh dunia, dikhususkan untuk memberi sokongan kepada pelanggan yang dihargai di Asia.

Shell Rimula telah memperkukuhkan lagi kedudukannya sebagai pemimpin pasaran menerusi pelancaran pelincir sintetik Shell Rimula R6 LM dengan Dynamic Protection Plus pada awal tahun ini. Minyak enjin diesel tugas berat yang pertama dan satu-satunya dalam pasaran yang dihasilkan daripada gas semulajadi, produk terbaru ini menawarkan perlindungan yang lebih baik daripada kehausan enjin dan deposit iaitu sehingga 53%[1], terutamanya kehausan sesondol, dan mengurangkan penggunaan minyak sehingga 45% [2].

KLIK UNTUK BESARKAN

2016-shell-rimula-technology-conference celebrating-125-years-in-malaysia_shell-rimula-brand-ambassadors-with-so shell-lubricants-gm-leslie-ng-l-exec-dir-troy-chapman-centre-and-mk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply