ARKIB

KATEGORI

Buletin

Exora MC2 akan menerima pakej NVH lebih baik, mungkin dilancar selepas Raya

Views

Setelah pulang dari satu misi rahsia, Mat Bond berjaya mendapatkan satu maklumat terbaharu mengenai Proton. Selepas Iriz dinaik taraf dengan pakej bunyi, getaran dan kekasaran (NVH), giliran Exora pula bakal menerima naik taraf tersebut. Menurut info yang disampaikan kepada kami, Exora tersebut boleh la dikategorikan sebagai perubahan minor (minor change – MC) yang lebih menjurus kepada penghalusan dan kadar NVH yang lebih baik dengan penambahan pelapik kedap bunyi. Mungkin juga Proton akan menggunakan hos penyejuk enjin yang baharu (OCH) pada model ini nanti.

BACA >> Proton Iriz 2017 mula dijual

Exora MC2 (bukan sijil cuti sakit ye) itu besar kemungkinan bakal dilancar selepas Hari Raya sambil menunggu stok Exora sedia ada habis dijual. Mat Bond juga memberitahu, stok Exora varian Executive sudah pun habis dijual, hanya tinggal sedikit sahaja lagi varian Premium. Dari segi luaran buat masa ini kami tiada sebarang maklumat yang lebih tepat. Kami rasa mungkin perubahan minima dibuat seperti Iriz 2017 (bumbung warna hitam kot). Apapun kita tunggu info selanjutnya nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply