ARKIB

KATEGORI

Buletin

Foto Proton Ertiga dan Persona, yang mana lebih besar?

Views

Jika semalam kita dapat melihat papan pemuka Proton Ertiga, hari ini kita bertuah sebab dapat melihat Ertiga berada di sebelah Persona baharu. Kedua-duanya berada dalam segmen sama iaitu segmen-B, walaupun berbeza bentuk badan. Daripada pandangan mata kasar, Proton Ertiga mempunyai saiz lebih kecil berbanding Persona baharu.

Kami membuat sedikit pencarian maklumat dan memang terbukti Ertiga lebih kecil tetapi mempunyai jarak roda yang lebih panjang dan lebih tinggi daripada Persona. Ertiga berukuran 4,265mm panjang, 1,695mm lebar, 1,685mm tinggi dan jarak rodanya pula 2,740mm. Persona baharu pula berukuran 4,387mm panjang, 1,722mm lebar, 1,554mm tinggi dan jarak rodanya hanya 2,555mm.

Maka tidak hairanlah MPV kompak ini nampak kecil dari luar tetapi selesa bila berada di dalam. Teruskan bersama kami untuk mengikuti perkembangan mutakhir model keempat Proton tahun 2016 dan esok merupakan hari pelancaran rasminya. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

ertiga-dan-persona-1 ertiga-dan-persona-2 ertiga-dan-persona-3 ertiga-dan-persona-4 ertiga-dan-persona-5

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

6 Comments

Leave a Reply