ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gambaran Exora 2017 dari Theophilus Chin!

Views

28407982512_6580b00c64_b

Kami pernah memberitahu kepada anda mengenai model Exora facelift (major facelift) yang akan diperkenalkan pada suku pertama tahun hadapan. Exora merupakan MPV yang digemari ramai kerana saiznya yang agak besar dan selesa, namun ia telah lama berada dipasaran tanpa perubahan kosmetik yang agak drastik.

Pakar manipulasi automotif yang cukup terkenal Theophilus Chin tampil dengan karya baharunya, gambaran Exora facelift 2017. Theo membayangkan wajah pada model Perdana yang diadaptasikan kepada model Exora facelift dan hasilnya begitu baik sekali. Sekaligus menampakkan rupa Exora facelift tampak lebih moden dan bergaya.

28407982472_c6093d1749_b

Di bahagian belakang, Theo telah mengolahnya sehingga menjadikannya seakan-akan model MPV Volkswagen Touran 2016. Ini sekaligus membuang rekabentuk belakang seperti sebuah van pada model semasa Exora. Cukup sempurna gaya rekabentuk yang diterapkan oleh Theo pada karya terbaharunya ini, nampak seperti model sebenar. Hebat bukan!

Jika rupa Exora facelift 2017 seperti ini kami jangka ia bakal ditunggu-tunggu oleh peminat MPV. Menurut apa yang kami tahu, bukan sahaja rupa luaran akan dirombak, bahagian kokpitnya juga akan mendapat rekaan baharu. Apa pendapat anda mengenai rekaan Theo ini?

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

33 Comments


  • di harapkan Proton akan mula fikirkan ‘bahasa rekebentuk’ yang baru bermula dari Exora ni. Sayap/bar berkrom tu macam dah membosankan.
    Atau Proton boleh dapatkan Head of Proton Design yang baru mungkin?


  • exora skrg lagi cantik, lagi garang, yang theo buat ni macam kereta lain yang lagi nampak lembut pastu masukkan elemen perdana untuk design depan kereta..

    bagi saya exora sekarang dah cukup cantik, tukar design lampu depan & blkng, bumper & gril kepada yang lebih terkini pun sudah memadai.. yang penting CVT perlu tukar. enjin cfe pun ok. enjin turbo 1.3 yang power dia dekat2 enjin 1.6cfe sekarang pun ok jugak. kalau dapat turbo + gb manual pun lagi best.. 😀


  • Mmm… mpv facelfit exora kekalkan konsep yg ada. Bahagian depan kekalkan lampu depan vertikal cuma bikin lebih detail n menawan dgn reskin blk begitu gak kat bahagian hud depan, biar kasi berotot sket dgn garisan2 yg lebih kemas. Konsep sayap pada logo kekal relevan, cuma berikan sentuhan2 kreative n elegant:) Bumbung blkang kasi rendah sket kalau nk guna lampu konsep horizontal. 🙂

    Cheers!


  • kalau rupa sebenar exora 2017 ada aura mcm gambaran yg Theophilus buat, ada kemunkinan aku akan menyambarnya nnt, malah akan dipadankan dgn enjin 1.5L TGDI.. ia sangat mengujakan


  • Kalu exora2017 ni feslif, maka xde la sliding door.
    Aku sajes sliding door utk exora, supaya senang kuar masuk.
    Lg1, seatbelt attach ke seat mcm Serena jepun yg baru tu, baru senang utk babyseat.

    Back to topic.
    Nice front theme, but need to revise the esthetic of tailight. Horizontal tailight is fine.


    • Mmm… bagi saya cukup exora R dlm kategori mid-MPV. Tidak besar sgt dan tidak kecil sgt. Sesuai utk multi-pasaran domestik dan luar. Kalau ada idea utk keluarkn model yg lebih besar, jadikan sebagai model edisi khas mcm sibling kpd exora dgn tema, family face n design language exora. Beri la nama yg canggih2 sket mcm grandiva exora ker, grand-alpha exora, exoria dll. ke… hehe. Dulu model toyota estima pernah guna strategi tu dari model mini MPV sehingga la depa ada full mpv 8@11 seaters.

      Cheers!


    • Saya setuju jika exora replacement akan datang sedikit lebih besar. Exora sekarang dalam class Compact MPV kategori Minivan.

      Sedikit lebih besar bukanlah Beralih kepada class full size MPV tetapi kekal dalam kategori minivan. Sedikit perubahan daripada pintu hempas kepada pintu gelongsor boleh dipertimbangkan.

      Memandangkan Ertiga yang akan diperkenalkan tidak lama lagi juga dalam class compact MPV ketegori MiniMPV. Sedikit lebih kecil berbanding exora.


  • 7 model proton perlu fokus cepat buat untuk kembali mendapat keuntungan

    1) kereta base line hatchback macam axia jimat minyak. guna suzuki clerio rebadge. Harga dari RM25 to 35k
    2) mpv kecil macam alza. suzuki ertiga rebadge
    harga RM50 to 65k.
    3) SUV sederhana macam hrv. 5 seater tapi boot besar
    harga RM60 to 75k. boleh rebadge jugak suzuki vitara atau lain2 model.
    4) Pick Up truck. Harga RM60 to 80k. boleh gunakan base Preve atau design depan lain.
    5) SUV 7 seater mitsubishi outlander. boot besar. boleh amik dari platform mpv exora tapi design lain dan tinggi macam SUV
    harga mampu milik 80 to 100k berbeza dengan harga pasaran RM150k
    6) MPV besar macam estima dengan sliding door dan sliding seat. harga mampu milik 80 to 100k. MPV nampak mewah tapi yang penting harga murah dari competitor yang mana RM150k
    7) Wagon 7 seater dengan boot besar. boleh amik dari platform preve/suprima dan buat 7 seater. design mesti menarik macam wagon Hyundai i-40.


    • hmmmmm…….Rasanya semua model yang dicadangkan di atas akan tercapai jika pemilik baru proton atau rakan strategik proton diberi kuasa pentadbiran dan kuasa eksekutif di dalam PHB. Salain itu rakan strategik tersebut mestilah syarikat pengeluar kenderaan dan mereka yang dilantik berpandangan jauh.

      No.7 exora rendahkan bumbung dah boleh jadi wagon 7 seater.. hmmmmmm….. MPV bumbung rendah. hehehe

      Terlalu banyak model tidak semestinya menguntungkan. Kebanyakan syarikat besar menghentikan pengeluaran model yang tidak mencapai target jualan walaupun menguntungkan atau tidak


      • Klau nk berubah why not buat quantum leap? masukkn idea segar dan baru why not chnage color scheme utk the whole model2 proton why not introduce at least satu innovation pada model baru? why not boast/ bangga2kan pasal new navigation system and touch screen baru why not feature kereta proton dlm filem2 mcm Avengers yng amik Acura utk kenderaan Agent Shield mereka? for the sake of changing and success, the thinking is limitless Consistency itu penting Skdar pndapat.


      • Itu yang terlintas di fikiran aku masa mula2 dilancarkan 2013 dulu. Tapi entah lah. Proton cakap SUV tiada market di pasaran Malaysia..


  • TELESCOPIC STEERING ADJUST-ABILITY. FULL STOP.
    the most humane feature that proton does not offer. dont talk about export when u dont give feature to suit different people .


    • totally agreed!
      human features for them just a ‘teh tarik’ hook.. that one also took almost 30 years in their RnD to produce such hook..

      current Exora’s steering.. nonadjustable.. no comfort, no ergonomics.. failed to serve as a comfort family MPVs! see review from Australian..
      so without export market.. Proton preparing it’s own COFFIN to DIE!!


      • Boleh je pesoalkan reviewer tu. Bila rondo , oh ada ultra flexible seats, bila exora takde pulak kata mcm tu. Padahal dua2 boleh buat flat seat. Tapi rondo punya 2nd row dgn 3rd row lagi kecik dari exora, Sekali lagi bila exora dia kritik pasal storage, bila rondo yang terang-terang kecik dari exora takde pulak kritik pasal storage.

        Power? Tak nak pulak puji enjin CFE / campro turbo yang senang2 je bawak 7 orang ke hulu ke hilir tak payah tekan pedal mcm nak mampus, huhu


    • Pada aku telescopi tu mcm 2ndary Seat tu sndiri, in total kena ergonomic, bukan seat sja tp the whole driving position Exora driver’s seat agak ok bbnding model2 lain Pndpat aku,design pd seat cushion hujung tu tk bole tilt ke atas, kena flat terus smpai bwk Then back rest pn sama Tp aku rasa back rest ok tkde issue.


  • Serba salah nk cakap…p1 semcm tk bsungguh nak mjual..pegi showroom yg diluar dr KL skit, ada 1-2 model saja yg display..Nk tgk yg lain2..salesman tunjuk brochures 🙁 Maaf aku tk tau cara p1..


    • setuju..masalah Proton ni ialah diorang tahu masalah tapi lambat atau tak nak bertindak…
      Mungkin Proton pun tak nak keluarkan kereta dah, tapi terpaksa keluarkan dan jual kereta atas nama ‘national pride’ sahaja.


  • Aku stuju. Seat exora perlu re-design skit untuk better support.
    Akut bkn kutuk – bila exora brek, penumpang sdkit meluncur ke depan bg yg amik leather seat. Mayb 2nd generation exora lebih baik. Rondo punya seat pn sama, flat. Alza pun, flat.


  • Model pengganti Exora boleh dibangunkan dari platform Perdana 2016.. Menggunakan atau dijana enjin baru 1.8L GDI / T-GDI mengikut varian.. Platform Perdana 2016 lebih lebar dan wheelbase sedikit lebih panjang dari platform Exora sedia ada..

    Wheelbase Ertiga lebih panjang sedikit dari wheelbase Exora..

Leave a Reply