ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gambaran Proton Exora 2020 dari Theophilus Chin

Views

Bakal model yang bakal menggantikan Proton Exora yang dijangka muncul pada tahun 2020 kita sudah ketahui selepas Geely memperkenalkan MPV terbaharu mereka Jiaji. Pakar manipulasi foto yang tak perlu kami perkenalkan lagi, sifu Theophilus Chin antara yang terawal membuat gambaran model tersebut. Dengan kepakarannya, Theo telah mengubahsuai sedikit reka bentuk Jiaji dengan memasukkan unsur rekaan Proton.

Walaupun hanya melakukan perubahan kecil, sama seperti yang dilakukan pada model fasa pertama Proton X70, bakal Exora versi Theo ini sudah cukup untuk membuatkan kita berangan dahulu untuk memilikinya nanti. Di bahagian depan hanya jeriji utama ditukar dengan menampilkan elemen busur seperti X70 dan sayap Proton ditengahnya bersambung terus dengan lampu.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift 2019?

Bahagian belakang pula hanya perkataan Proton sahaja ditukar dari perkataan asal Geely pada bar yang bersambung dengan lampu. Ke bahagian dalam Theo hanya menukar lencana Geely kepada Proton pada sterengnya, dan pada pendapat kami ia tidak berapa harmoni dengan bentuk stereng tersebut.

Tetapi secara keseluruhannya rekaan kabin Jiaji memang sangat mengujakan dan Proton tidak perlu menyentuhnya lagi kecuali untuk menjadikannya sebagai MPV mampu milik, bukan sebagai MPV premium. Jadi apakah harapan kami untuk versi sebenar model Exora 2020 ini nanti?

Kami sangatlah berharap Proton diberikan kepercayaan oleh Geely untuk merombak rekaan luaran model ini lebih lagi, bukan sekadar perubahan kosmetik kecil. Mana tahu Proton boleh buat lebih baik lagi kan? Itu pun kalau direstui oleh Geely dan Peter Horbury nanti. Buat masa ini kita tunggu sahaja perkembangan selanjutnya kerana model ini pun baharu sahaja diperkenalkan ke pasaran China, X70 pun tak lancar lagi. Sempat la anda menabung dulu.

JOM BACA >> Kerana muat naik gambar-gambar ini di Twitter, Toyota beri respon yang amat mengejutkan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply