ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gambaran Proton Persona wagon dari Theophilus Chin

Views

Pakar manipulasi automotif tersohor, Theophilus Chin tampil dengan terbaharunya Proton Persona wagon@estate. Hasil karya tersebut telah dimuatnaik ke laman web rasminya www.theophiluschin.com sebentar tadi. Kami telah mendapatkan kebenaran Theo untuk kongsikan karyanya untuk pembaca funtasticko.net. Menurutnya rekaan bumbung model Persona wagon@estate agak sedikit tinggi dan ia  lebih sesuai untuk bersaing dengan model MPV Honda Mobilio dan Datsun Go+ berbanding dengan wagon dalam segmen-B.

Apa pendapat anda mengenai karya terbaharu Theo ini? Mungkin Proton boleh mempertimbangkan untuk mengeluarkan varian wagon@estate Persona jika Ertiga sudah ada dalam kategori MPV segmen-B. Namun agak mustahil kerana varian wagon@estate kurang mendapat perhatian di Malaysia.

14152112_1086264361409638_2026842117_o

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

15 Comments


    • Bila masa pulak dia tak suka Proton? Sejak dari dulu dia rajin buat lakaran Proton. Malah masa design Iriz keluar, dia pun sempat puji lagi kata design bagus.

      Setahu aku, dia paling suka apa saja kereta yang berkonsep shooting-brake. Dia tak suka kereta yang design bland, tapi tak pernah spesifik brand.


  • membazir jer buat2 design2 nie..P1 bukan nak tgk pun…tak economical pun…sapa nak beli pun…quality tidak setanding brand lain, buat habih bogheh jer beli P1….


  • tiap kali cerita Proton..ada je komen dari bashers, pengguna kecewa kononnya n lain2.. kalau x suka sangat dgn Proton, sila baca article lain please.. asyik nak keluar dengan komen2 provok yang belum tentu sahihnya lagi.. apatah lagi dengan niat utk orang membaca dan membenci Proton.. kalau setakat pakai Hyundai and Kia tu xyah cerita pasal Proton la.. dengar buah mulut orang and then heboh sana sini… move on bro..


    • freedom of speech and opinion my friend. ko xleh halang opinion n discussion org. jawab lah dengan kritikal n honest…stakat jadi fan n supporter membabi buta maknanya tiada principle…nasib ko lah..ko sayang sgt proton tapi aku x suka proton psl pengalaman buruk yg x berkesudahan…jadi aku akan sentiasa remind pembaca yg teruja melampau supaya berfikir secara mendalam sebelum membeli proton…selagi proton x keluarkan kereta yg setanding dgn brand lain, selagi itu kritikan perlu ada pasal org melayu nie perangai lengai n ‘tak apa’..hasil penjajahan beratus tahun dan penjajahan pemikiran ketuanan…kene manage dgn jepun P2 baru ada akai…..semoga p1 boleh maju..selagi hampes slagi tu la aku akan kritik


  • Produk ni senang cerita, tak viable. Proton, jangan buat.

    Sebenarnya trend ni Honda dah buat, kongsi platform:

    Jazz/Iriz = Iriz – Hatchback
    City = Persona – Sedan
    Airwave = Rendering Theophilus – Mini MPV

Leave a Reply