ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gaya rekaan baharu Toyota kini tidak lagi membosankan

Views

Toyota yang kian terasa bahang lonjakan evolusi rekabentuk kenderaan global dan telah mula mengorak langkah ke suatu tahap baharu. Jika dilihat pada model generasi terkini seperti crossover C-HR dan Camry baharu, anda akan dapat melihat Toyota telah mula keluar dari zon selesa dengan rekaan yang lebih mengujakan, tidak seperti model sebelumnya.

Individu yang bertanggunjawab dalam mengubah gaya rekaan baharu Toyota, adalah pereka kelahiran Amerika, Ian Cartabiano yang berusia 43-tahun, ketua studio rekabentuk di Toyota Calty Design Research Inc. Sejak Akio Toyoda memberi mandat supaya “tiada lagi kereta yang membosankan”, Cartabiano telah merekabentuk beberapa model baharu seperti C-HR, Camry baharu, FT-4X Concept dan Supra serba baharu yang akan diperkenalkan pada musim luruh nanti.

Cartabiano berkata, era kereta yang membosankan dan rekabentuk yang biasa kini telah berakhir. Inilah yang dimahukan oleh Akio dan para pereka mempunyai kebebasan untuk berkarya. John Manoogian, mantan pereka GM yang juga seorang profesor dalam bidang rekabentuk pengangkutan di College for Creative Studies berkata kepada Autonews, amat sukar bagi syarikat besar memahami kepentingan rekabentuk sebagai alat strategik dan untuk membezakan produk, hanya Apple yang memahaminya.

Apabila melihat panel tiga per empat bahagian belakang C-HR, ia sudah cukup menceritakan yang kereta ini mempunyai “bentuk punggung-yang gila” selain panel sisi yang “kelihatan seperti sebahagian daripada hasil seni”. Rekabentuk Camry pula begitu menyerlah pada bahagian tiang-C yang membolehkan tingkap belakang melengkung dengan bahagian sisi kereta.

 

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply