ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely bakal diumum Rakan Strategik Asing Proton dan pemilik baharu Lotus?

Views

Selamat pagi semua! Tidak lama lagi akan ada pengumuman penting dari DRB-HICOM Bhd setelah mereka memohon untuk menggantung dagangan saham mereka bermula jam 9.00 pagi hari ini. Bursa Malaysia Securities juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan meluluskannya. Ia mungkin ada kaitan dengan pengumuman rasmi siapakah yang bakal menjadi Rakan Strategik Asing Proton.

Menurut laporan Reuters, Zhejiang Geely dikatakan bakal memperoleh 49 peratus kepentingan di dalam Proton. Financial Times pula melaporkan Geely bakal memperoleh antara 50 hingga 75 peratus kepentingan di dalam anak syarikat Proton yang mula mencatatkan keuntungan, iaitu Lotus.

BACA >> Geely angkat kaki, PSA Group calon tunggal membida Proton

Berita ini sebenarnya tidaklah begitu mengejutkan walaupun pada satu ketika Geely dikatakan berpatah arang dengan Proton. Ia setelah Presidennya, An Conghui memberitahu kepada South China Morning Post mengenai keputusan mereka untuk menarik diri daripada membida kepentingan Proton. Namun mereka membuat pusingan-U setelah the Edge Markets.com melaporkan Proton meminta tambahan dana daripada Kerajaan untuk menampung kerugian operasi mereka.

BACA >> Proton mahu dana tambahan dari kerajaan, Geely kini kembali membida

Akhirnya satu sumber mendedahkan kepada the Edge Markets.com, Kerajaan telah memberikan dana tambahan sebanyak RM1.7 bilion untuk memulihkan kembali Proton yang mengalami penyusutan jualan dan mereka kini berada di belakang Perodua, Honda dan Toyota. Dana ini merupakan tambahan kepada pinjaman sebanyak RM1.25 bilion pada tahun lalu untuk melangsaikan hutang-hutang mereka dengan vendor.

Suntikan dana tambahan ini akan digunakan sehingga DRB-Hicom Bhd berjaya mendapatkan Rakan Strategik Asing. Antara punca masalah yang dihadapi Proton adalah mereka telah membuat pesanan dalam jumlah yang besar kepada vendor dan mereka perlu membayar jumlah tersebut lebih awal. Ini membolehkan vendor mendapat insentif awal untuk membuat pelaburan bagi pembelian peralatan untuk mengeluarkan model baharu, tanpa perlu risau mengenai risiko jumlah jualan.

Selain itu, Proton hanya mempunyai tunai sebanyak RM340 juta, berbanding bayaran balik RM260 juta bagi tahun kewangan 2016 yang berakhir pada 31 Mac lalu. Bayaran tersebut turut merangkumi sebahagian daripada pinjaman Islamik sebanyak RM840 juta dan bayaran RM260 juta yang akan tamat tempoh tahun ini.

Jika merujuk kepada akaun lalu, aliran tunai Proton akan menjadi lebih terhad untuk memastikan syarikat dapat menyokong kos operasi semasa serta melangsaikan hutang yang ada tanpa sebarang dana tambahan. Ini sekaligus memaksa DRB-Hicom Bhd untuk mendapatkan Rakan Strategik Asing Proton dalam kadar yang segera.

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply