ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely Boyue – Bakal SUV pertama Proton?

Views

Setelah Proton mengumumkan Rakan Strategik Asing terbaharunya Geely, model pertama yang bakal menjadi anak sulung hasil perkahwinan tersebut merupakan sebuah SUV. Geely Boyue merupakan antara SUV terlaris di China, direka oleh Peter Horbury, mantan pereka di Volvo yang kini menerajui studio rekaan Geely di Gothenburg, Shanghai, Barcelona, Los Angeles dan Tanjung Malim (pada masa akan datang).

Kita semua tahu segmen SUV masih belum ada dalam barisan portfolio Proton sehingga setakat ini, dan kehadiran Boyue dengan lencana Proton sudah pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat automotif Malaysia. Namun buat masa ini kami masih belum mendapat gambaran awal sama ada model ini hanya akan ditukar lencana atau Proton akan merombak semula rekabentuk model tersebut mengikut gaya rekaan tersendiri.

BACA >> Sah! Geely jadi Rakan Strategik Asing Proton dan pemilik baharu Lotus

Apa yang menarik mengenai Geely Boyue? Jom kita kenalinya secara ringkas.

. Boyue dijana oleh enjin berkapasiti 1.8L turbo yang menjana 160hp dengan 250Nm tork dan enjin 2.0L beraspirasi semulajadi (N/A) berkuasa 139hp dengan 178Nm tork.
. Kedua-dua enjin tersebut akan digandingkan dengan pilihan transmisi manual enam kelajuan atau enam kelajuan automatik.
. Boyue varian 2.0L mampu mencecah kelajuan tertinggi 185 km/h manakala varian 1.8L turbo pula mampu mencecah kelajuan tertinggi 195 km/h.
. Untuk pasaran China sahaja, Geely menawarkan sehingga 13 varian Boyue (di Malaysia belum dipastikan).
. Dimensinya berukuran 4,519 mm panjang, 1,831 mm lebar dan 1,694 mm tinggi, jarak rodanya pula 2,670 mm.
. Berada dalam segmen Mazda CX-5, Honda CR-V dan Nissan X-Trail namun Boyue hanya menawarkan lima tempat duduk.
. Kapasiti tangki minyaknya 60 liter.
. Dilengkapi dengan stereng kuasa elektrik, lampu hadapan LED, lampu nyalaan siang LED (DRL), lampu automatik dengan ciri Follow Me Home, pengelap cermin automatik, bumbung suria panoramik dengan ciri anti-perangkap, cermin sisi dengan pemanas, lampu lopak, rak bagasi dan cermin sisi yang boleh dilipat secara automatik.
. Dari segi keselamatan, Boyue dilengkapi ABS, EBD, Program Kawalan Kestabilan (ESP), Bantuan Brek, Sistem Kawalan Cengkaman, Brek Parkir Elektronik, cagak ISOFIX dan dua beg udara hadapan untuk versi paling murah.
. Tambahan gajet keselamatan seperti Bantuan Mula Mendaki, Kawalan Menuruni Cerun dan beg udara sisi serta beg udara tirai untuk varian lebih tinggi. Selain itu varian terpilih Boyue dilengkapi dengan tali pinggang keledar pra-regangan untuk semua tempat duduk, Brek Kecemasan Berautonomi (AEB), Amaran Keluar Lorong, Lampu Tinggi Pintar, Kawalan Pelayaran Adaptif, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar, Kamera 360° dengan pengimejan 3D, kamera undur serta sensor parkir hadapan dan belakang.
. Kemasan ruang dalamannya cukup mewah dan dilengkapi skrin sentuh bersaiz 8-inci dengan ciri Apple CarPlay atau Android Auto dengan sambungan Bluetooth, USB, AUX-in dan sistem navigasi GPS serta tempat duduk tempat duduk dengan kemasan kulit.

Banyak betul ciri-ciri menarik pada model ini kan? Mungkin tidak lama lagi kita akan terjumpa dengan unit ujian Boyue berada di atas jalan raya Malaysia, nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply