ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gi Mekoh Nga Mutor – Konvoi tiga sahabat dengan kapchai ini tiba di Madinah semalam

Views

Berkat kecekalan dan kegigihan, hasrat tiga sahabat yang memasang impian untuk menunaikan umrah di Mekah dengan menaiki motosikal kini semakin hampir tercapai dan semalam mereka telah tiba di kota suci Madinah. Mereka yang berasal dari Kelantan telah memaklumkan ketibaan konvoi bermotosikal mereka di Masjid Nabawi semalam (Sabtu, 19hb Januari 2019), jam 4.30 petang waktu Arab Saudi di laman Facebook Gi Mekoh Nga Mutor.

JOM BACA >> INTIP: Rombongan unit ujian Lynk & Co singgah di Temerloh – Adakah ia petanda jenama ini bakal masuk ke Malaysia?

Perjalanan mereka ke kota Mekah akan mengambil masa 60 hari (dua bulan) yang bermula di negeri Kelantan (Malaysia) dan merentasi beberapa buah negara seperti Thailand, Myanmar, India, Iran, Pakistan, Emiriyah Arab Bersatu dan Arab Saudi dengan jarak perjalanan sejauh 14,000km.

Sepanjang perjalanan mereka terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan, namun dengan jiwa yang kental akhirnya impian mereka hampir tercapai. Syukur alhamdulillah kerana mereka tiba di Madinah dengan selamat dan kami doakan agar mereka selamat tiba di Mekah tidak lama lagi! Semoga mereka mendapat umrah yang mabrur, tahniah kami ucapkan.

JOM BACA >> Apa model baharu yang bakal dilancarkan Proton antara 2018 hingga 2023?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply