ARKIB

KATEGORI

Buletin

Goodyear Malaysia anjurkan ‘Battle of The Clubs 2017’ untuk kelab kereta komuniti tempatan

Views

Acara ‘Battle of The Clubs 2017’ yang dianjurkan oleh Goodyear Malaysia merupakan bulan perhimpunan komuniti ekslusif untuk lapan kelab kereta terpilih dengan menampilkan beberapa siri cabaran berpasukan. Antara cabaran yang ditempuh oleh para peserta adalah “Time Attack” serta Mencari Harta Karun di sepanjang kawasan Lembah Klang yang akan berlangsung pada hari hujung minggu ini, Ahad 17 Disember 2017.

Antara kelab kereta yang mengambil bahagian adalah VW Club Malaysia, Satria Society, Myvi Movement, Peugeot Club Malaysia, Benzer Motorsports Malaysia, Club Audi Malaysia, The Rusted Jackets, dan Civic X Community. Dengan sambutan yang menggalakkan daripada ahli kelab dan penyokong mereka, penaja bakal mengumumkan Anugerah Kelab Kereta Terbaik 2017 pada awal tahun depan.

Pertandingan tersebut adalah berdasarkan sistem mata, terdiri daripada enam cabaran pasukan yang berbeza secara keseluruhannya. Mereka akan diuji dari segi kemahiran, pengetahuan, kreativiti, kerjasama berpasukan dan keghairahan terhadapan kereta mereka. Peserta telah melalui Cabaran “Time Attack” yang menyaksikan mereka perlu mengedalikan kereta Lotus Evora 400S yang dilengkapi dengan tayar terbaharu dari Goodyear UHP – Eagle F1 Asymmetric 3.

Lima pemandu mewakili setiap pasukan perlu menghabiskan beberapa cabaran seperti ujian slalom, pusingan 360º, memecut kembali ke garisan penamat dan menamatkannya dengan ujian brek basah. Masa yang dicatatkan oleh setiap ahli kelab akan direkodkan dan ditambah pada masa keseluruhan pasukan di mana kelab yang mempunyai masa keseluruhan paling pendek akan diumumkan sebagai pemenang. Cabaran ini juga memberikan banyak maklum balas positif terhadap Eagle F1 Asymmetric 3. Cengkaman tayar yang unggul dalam keadaan basah dan kering, brek dan pengendalian yang berprestasi sangat mengujakan pemandu.

Sebagai salah satu daripada daripada siri yang terbesar anjuran Goodyear Malaysia, projek ini bertujuan untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti dan peluang rangkaian untuk kelab-kelab kereta. Sebagai salah satu daripada nilai yang dikongsi oleh Goodyear untuk menjaga komuniti, inisiatif ini mewakili usaha berterusan syarikat untuk memperbaiki kesejahteraan masyarakat setempat.

Kempen ini bermula pada awal bulan Ogos 2017 dengan cabaran Perlumbaan Ketahanan Go-Kart, kemudian diikuti dengan Cabaran Paintball, Cabaran Rekaan Grafik Pada Badan Kenderaan dan Cabaran ‘Time Attack’. VW Club Malaysia kini sedang mendahului carta, manakala pencabar yang lain sedang berusaha untuk mengejar kedudukan mereka pada cabaran selepas ini iaitu Mencari Harta Karun pada hujung minggu ini. Acara akhir bakal dibuka kepada umum dan Goodyear Malaysia bakal mengumkan kelab manakah yang bakal menggondol Anugerah Kelab Kereta Terbaik 2017 pada majlis tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply