ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hab Pusat Servis Utara untuk penggantian inflator beg udara Takata berpindah

Views

Honda Malaysia mengumumkan Hab Pusat Servis Utara untuk penggantian inflator beg udara hadapan Takata telah pun dipindahkan ke tanah besar Pulau Pinang bagi memudahkan pelanggan yang terlibat dan mula beroperasi sejak 20 Oktober lalu. Dalam masa yang sama juga, operasi di lokasi hab semasa di bahagian pulau akan berakhir hari ini (28 Oktober 2016).

Sementara itu, lokasi Hab Servis bahagian Tengah dan Selatan masih kekal seperti sebelumnya. Kesemua hab ini akan beroperasi setiap hari dan hanya ditutup pada cuti umum. Ia dibuka dari jam 8:00 pagi hingga 5:50 petang pada hari biasa dan dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang pada hujung minggu. Hab ini akan beroperasi sehingga 31 Disember 2016.

Sila rujuk lampiran lokasi Hab Pusat Servis, Hab Bergerak dan waktu operasi sehingga akhir tahun ini seperti yang tertera di bawah.

KLIK UNTUK BESARKAN

lokasi-central-hab-honda

KLIK UNTUK BESARKAN

Honda Malaysia Central and Mobile Hubs Location and Operating Ho

Sehingga kini, kadar siap penggantian inflator yang terlibat adalah 58 peratus. Sejak Hab Pusat Servis dan Hab Bergerak beroperasi dari 1 Ogos hingga 25 Oktober 2016, Honda Malaysia telah menggantikan lebih dari 92,700 unit inflator dan hampir 13,000 unit atau 14 peratus penggantian dibuat di Hab Sementara Honda.

Setakat 25 Oktober 2016, masih ada enam peratus inflator yang belum diganti di kawasan Utara, manakala enam peratus dan 18 peratus di kawasan Selatan dan Tengah. Stok tersedia pada 100 peratus dan Honda Malaysia sekali lagi menyeru pelanggan yang terlibat, terutamanya di kawasan Tengah untuk membuat temu janji untuk membuat penukaran inflator beg udara hadapan Takata dengan segera di pusat peniaga Honda yang bertauliah, Hab Pusat Servis atau mengunjungi Hab Bergerak.

Selain itu, pelanggan juga boleh menggantikan inflator yang terjejas di lokasi Honda Family Road Trip. Alat ganti untuk inflator tersebut sedang tiba secara beransur-ansur dan dijangka berada pada tahap 55 peratus menjelang hujung bulan Disember ini seperti yang telah diumumkan. Surat untuk memaklumkan ketersediaan stok akan dihantar kepada pelanggan yang terjejas dan Honda Malaysia menggalakkan pelanggan untuk menyemak status kenderaan mereka di laman sesawang www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my.

Pelanggan juga boleh menggantikan inflator beg udara pemandu dan penumpang hadapan (bergantung kepada ketersediaan alat ganti) dengan membuat temu janji dengan pengedar sah Honda. Mereka boleh menghubungi talian bebas tol Honda 1-800-88-2020 untuk membuat temu janji dengan Hab Pusat Servis. Semakan status panggilan semula kenderaan mereka juga boleh disemak dengan melayari laman sesawang sesawang www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau menghubungi talian bebas tol Honda 1-800-88-2020.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply