ARKIB

KATEGORI

Buletin

Harald Hoelzl bakal terajui BMW Group Malaysia bermula Mac ini

Views

BMW Group AG telah melantik Harald Hoelzl sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BMW Group Malaysia yang baharu mulai 1 Mac 2018. Beliau akan mengambil alih tugas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ketika ini, Han Sang Yun yang bakal dilantik sebagai Presiden BMW Group Korea yang baharu.

Hoelzl memulakan kerjayanya dengan BMW Group pada tahun 2002 serta telah berkhidmat dalam pelbagai jabatan seperti Jualan, Pemasaran, Pembangunan Pengedar dan IT. Dengan rekod kerjaya yang mengagumkan, BMW Group AG melantik beliau sebagai Ketua Pemasaran BMW Group Central South Eastern Europe pada tahun 2011, sebelum mengetuai operasi BMW Group di Republik Czech.

Han Sang Yun pula akan dilantik sebagai Presiden BMW Group Korea berkuat kuasa 1 Mac 2018. Beliau menggantikan Presiden sekarang, Dr. Hyojoon Kim yang akan memulakan tugas dan tanggungjawab sebagai Wakil Pengarah dan Pengerusi pengeluar kenderaan premium itu di sana. Dengan pengalaman dalam industri automotif lebih 20 tahun di Korea, Han Sang Yun dilantik menjadi Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia pada Januari 2015.

Sepanjang bertugas di Malaysia, Han telah membantu BMW Group Malaysia mencatatkan prestasi pertumbuhan terbaik pada tahun 2017. Beliau juga merupakan pemacu utama dalam mengembangkan portfolio kenderaan Plug-in Hybrid BMW Group Malaysia menjadi 55 peratus daripada jumlah keseluruhan penyerahan di negara ini. Sekali gus memacu strategi Visionary Mobility pengeluar kenderaan premium ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply