ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia kekal jenama Bukan-Nasional nombor satu untuk tiga tahun berturut-turut

Views

Honda Malaysia Sdn. Bhd terus mengekalkan posisi nombor satu bagi segmen Bukan-Nasional untuk tiga tahun berturut-turut dan mengukuhkan kedudukan nombor dua dalam Jualan Keseluruhan Industri (TIV) untuk dua tahun berturut-turut, dari tahun 2016 hingga 2017. Syarikat turut mengumumkan semua model CKD pada tahun 2017 mengungguli segmen masing-masing.

Pada 2017, syarikat telah merekodkan jualan keseluruhan sebanyak 109,511 unit, sekaligus menyaksikan Honda Malaysia mencatatkan rekod jualan melebihi 100,000 unit buat pertama kali dan juga yang tertinggi pernah dicapai oleh jenama Bukan-Nasional. Sejak 2013 dan selama 14 tahun, Honda Malaysia telah menjual lebih 730,000 unit kenderaan.

Walaupun berdepan dengan cabaran pasaran, Honda Malaysia mencatatkan rekod jualan tertinggi dengan 11,221 unit kenderaan pada bulan Disember. Jualan keseluruhan untuk 2017 naik 19 peratus berbanding 91,830 unit pada 2016. Syarikat juga berjaya menguasai 19 peratus pegangan pasaran, yang tertinggi pernah dicapai dalam sejarah Honda Malaysia, selain peningkatan 3.2 mata dari 2016.

Pecahan peratusan jualan Honda Malaysia untuk tahun 2017 mengikut model:

  • City –  27 peratus
  • HR-V – 17 peratus
  • BR-V – 16 peratus
  • Civic – 14 peratus
  • Jazz Hybrid dan City Hybrid – 2 peratus

Jualan Honda Malaysia di Malaysia Timur pula menyumbang lebih 7,500 unit dari jualan keseluruhan dan meningkat 33 peratus berbanding 2016. BR-V merupakan model yang paling laris di Malaysia Timur. Dari segi selepas jualan, tahun lalu Honda Malaysia telah memperkenalkan Honda Pride dengan sasaran untuk mewujudkan kesedaran pada pemilik Honda mengenai faedah perkhidmatan selepas jualan dan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan.

Ia merangkumi 12 faedah seperti 5 tahun waranti tanpa had perbatuan, alat ganti tulen dan bilik pameran yang selesa. Dari segi pengambilan servis, Honda Malaysia merekodkan lebih 1,150,000 kenderaan pada 2017, naik 13 peratus dari kira-kira 1,021,000 kenderaan yang diservis pada tahun 2016.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Toichi Ishiyama berkata, Honda Malaysia berjaya mencapai jualan cemerlang pada tahun 2017, dan syarikat mendedikasikan tahun penting ini untuk semua pelanggan, rakan niaga, peniaga dan syarikat Honda. Ia merupakan tahun yang menarik untuk Honda dan hasil yang cemerlang ini mungkin tidak dapat dicapai tanpa sokongan kuat dari seluruh rakyat Malaysia dan Kerajaan Malaysia.

Pasaran di Malaysia juga semakin matang dan pelanggan memberikan respon yang baik  kepada Teknologi Masa Depan Termaju yang diperkenalkan seperti Honda SENSING, Turbo dan Sport Hybrid i-DCD. Buat pertama kalinya dalam sejarah Sport Hybrid i-DCD diperkenalkan di Malaysia yang merupakan satu-satunya negara di luar Jepun yang menerima teknologi tersebut.

Ia juga merupakan model hibrid yang paling mampu milik dan Honda merupakan jenama yang pertama yang memperkenalkan teknologi SENSING pada model massa, CR-V dan Accord baharu. Melangkah ke hadapan, Honda Malaysia akan berusaha untuk memberikan produk berkualiti dan khidmat selepas-jualan yang cemerlang untu terus memberi keyakinan kepada pelanggan.

Keputusan Jualan Honda Malaysia (2003-2017)
TahunUnit Jualan
200317,087
200424,862
200527,462
200626,529
200728,480
200832,491
200938,785
201044,486
201132,482
201234,947
201351,550
201477,487
201594,902
201691,830
2017109,511

KLIK UNTUK BESARKAN

      

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply