ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia panggil balik 147,894 unit kenderaannya

Views

Sekali lagi Honda Malaysia mengumumkan panggilan semula 147,894 unit kenderaannya untuk menggantikan inflator beg udara hadapan. Antara model model yang terlibat adalah Accord (2003-2011), City (2009-2011), Civic (2007-2011), CR-V (2008-2011 ), Freed (2009-2011), Insight (2011), Jazz (2009-2011) dan Odyssey (2004-2008).

Model jualan semasa tidak terlibat dalam kempen ini dan pihaknya ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Surat pemberitahuan akan dihantar kepada pelanggan yang terlibat dan pelanggan yang menerima pemberitahuan tersebut adalah dinasihatkan untuk membawa surat dan kenderaan mereka ke pusat servis Honda yang terdekat untuk membuat pemeriksaan.

Segala kerja penggantian akan mula dilakukan apabila alat ganti tersedia. Caj alat ganti dan upah pemasangan akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia. Pemilik Honda juga boleh menyemak status panggilan semula kenderaan mereka dengan menghubungi talian Bebas Tol Honda 1-800-88-2020 atau layari laman sesawang www.honda.com.my, atau terus ke pusat servis Honda yang berhampiran.

Honda Malaysia Sdn. Bhd. menyeru kepada semua pemilik kenderaan Honda yang terjejas untuk memeriksa kenderaan dan menggantikan inflator tersebut di mana-mana pusat servis Honda yang berhampiran dengan segera apabila menerima surat pemberitahuan tersebut.

senarai model honda dipanggil semula

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply