ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Vario 150 diperkenalkan – Apa yang menarik mengenai skuter ini?

Views

Boon Siew Honda baru-baru ini telah melancarkan model skuter transmisi automatik (AT) terbaharunya, Honda Vario 150. Skuter ini menggabungkan aspek reka bentuk sporty, prestasi mengagumkan dan pelbagai ciri terbaik dengan harga yang sangat berbaloi. Populariti model seperti ini semakin meningkat, terutama dalam kalangan penunggang muda yang mahukan kepuasan serta pelbagai ciri berkuasa dan spesifikasi, tetapi pada harga mampu milik.

Honda Vario 150 dijual pada harga:

  • Honda Vario 150 Warna Standard – RM 7,199.00
  • Honda Vario 150 Edisi Repsol – RM 7,399.00

Ciri keselamatan moden pada model ini dapat memberikan kepuasan maksimum kepada penunggang, manakala transmisi automatik membuatkannya mudah untuk dikendalikan. Selain daripada aspek keselamatan dan tunggangan mudah, minat terhadap motosikal berkuasa besar dilihat semakin meningkat dalam kalangan penunggang di Malaysia.

JOM BACA >> WAJIB BACA: Perodua Alza Facelift 2018 – Apa Yang Kami Tahu

Apa yang menarik mengenai Vario 150 ini?

  • Dikuasakan oleh enjin silinder tunggal empat lejang dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 150cc yang mampu menjana kuasa mencecah 13.1PS pada 8,500rpm dan tork 13.4Nm pada 5,000 rpm.
  • Enjin 150cc itu dilengkapi teknologi eSP dan Sistem Henti Melahu (Idling Stop System atau ISS) terkini untuk menawarkan prestasi tunggangan dan penjimatan bahan api.
  • Lampu utama berkembar dan lampu belakang LED.
  • Panel meter LCD digital.
  • Sistem kunci pintar Honda.
  • Peredam sporty dengan muncung aluminium.
  • Rim dengan rekabentuk sporty bersaiz 14 inci dengan cakera brek beralun.
  • Ruang penyimpanan barang di bawah pelana berkapasiti 18 liter dan disertakan dua poket rak penyimpanan dalaman.
  • Vario 150 dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti Sistem Combi Brek yang membantu mengimbangi sistem brek pada roda hadapan dan belakang.

Boon Siew Honda mensasarkan untuk menjual 1,000 unit Vario 150 sebulan. Vario 150 didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu Hitam Mutiara (Pearl Magellanic Black), Biru Mutiara (Pearl Nightfall Blue), Perak metalik (Force Silver Metallic) dan Edisi Repsol. Vario 150 kini boleh didapati di semua pengedar sah Boon Siew Honda mulai 30 Ogos ia didatangkan bersama jaminan kilang selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,000km (mana-mana tiba dahulu).

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan, satu siri eksklusif dan unik model Vario akan dilukis bendera Malaysia dan 13 negeri yang ada dengan menggunakan teknik airbrush. Model ini akan ditunggang menjelajahi seluruh semenanjung Malaysia sebagai tanda semangat patriotik terhadap Malaysia.

JOM BACA >> Proton Perdana FL Concept 2018

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Bangun melawan kekalahan di indonesia melawan nmax, menggunakan strategi Yamaha
    Namun pengguna msia lembab mereka Tak suka skuter,

Leave a Reply