ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ini ke Myvi berwajah baharu tu?

Views

Jika semalam kita digemparkan dengan kemunculan Myvi berwajah baharu, hari ini terbongkarlah segala rahsia mengenainya setelah foto brosurnya telah muncul. Kami pasti keterujaan semalam terus berukar menjadi krik.. krik.. krik.. apabila melihat foto ini.

Rupa-rupanya ia adalah versi Myvi Advance yang tampil dengan warna badan dua tona, hasil kombinasi warna Ebony Black di bahagian atas dan Electric Blue di bahagian bawah. Yang lain lain semuanya sama kecuali penambahan visor pintu, namun kami tidak pasti apa yang berubah di bahagian dalamnya.

Apabila melihat foto ini ia mengembalikan kita nostalgia model Kelisa dua tona warna ala Mini Cooper tu kan? Jangan kecam kami ye sebab jadikan foto model konsep GMB Advance sebagai foto hiasan, kerana kami jangka model sepatutnya paling tidak pun adalah iras model tersebut. Jangkaan kami juga meleset. Nampak gayanya tunggu model sedan Perodua lah lepas ni.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

myvi 2 tone a myvi 2 tone myvi 2 tone b

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments

Leave a Reply