Berita Automotif

Published on November 20th, 2017 | by campromania

INTIP : Foto ruang dalaman Toyota Rush 2018 pula tertiris!

Tinggal 3 hari lagi sebelum pelancaran rasmi Toyota Rush dan Daihatsu Terios 2018 di Indonesia, laman sesawang dari seberang Rockomotif.com telah memuatnaik beberapa foto yang dikatakan imej ruang dalaman Toyota Rush 2018. Jika diperhatikan dari salah satu foto yang dipaparkan jelas menunjukkan model SUV tujuh-tempat duduk ini dilengkapi dengan enam beg udara. Rekabentuk papan pemukanya juga nampak minimalis dengan permainan dua tona warna.

BACA >> INTIP : Foto Toyota Rush 2018 tertiris, bayangan SUV Perodua semakin terserlah!

Di bahagian tengah konsol papan pemuka kelihatan skrin untuk paparan infotainmen bersaiz 7-inci dan untuk varian TRD akan dilengkapi dengan lapan pembesar suara dan tolok pendingin hawa digital. Sterengnya pula dihiasi dengan butang kawalan audio dan butang untuk menjawab panggilan telefon. Kemasan untuk tempat duduk pula kelihatan masih menggunakan bahan fabrik dan konsol untuk tombol gear menggunakan jenis “gated”.

Gabungan tona warna hitam dan beige atau krim cerah membuatkan ruang dalaman Toyota Rush 2018 (D14N) kelihatan mewah, serta kehadiran kemasan krom di beberapa bahagian membuatkannya lebih menyerlah. Mungkinkah Perodua akan menggunakan rekabantuk yang hampir sama untuk SUV (D38L) terbaharunya pada 2018/19 nanti? Kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Tags: , , , , , , , ,


About the Author

Pereka berjiwa otomotif



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to Top ↑