ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

INTIP : Geely SL pula tertitis – Adakah model ini bakal Proton Persona generasi baharu?

Views

Jika semalam kami mengeluarkan artikel mengenai model SUV kompak Geely SX11, hari ini satu lagi model generasi baharu Geely, sedan kompak yang dikenali dengan nama Geely SL pula tertiris di laman sesawang www.autohome.com.cn. Model yang digelar sebagai Geely Borui versi kompak ini bakal dilancarkan ke pasaran China pada pertengahan tahun 2018.

BACA >> INTIP : Geely SX11 tertitis – Adakah model ini bakal SUV kedua Proton?

Info ringkas mengenai Geely SL:

  • Model ini akan berada di antara Geely Emgrand GL dan Borui.
  • Dikuasakan oleh enjin 1.-0 liter tiga-silinder turbo berkuasa 136 hp dan enjin 1.4 turbo berkuasa 133 hp.(Versi turbo 1.0 ada lebih tiga kuasa kuda berbanding dengan 1.4 turbo).
  • Dimensi – Panjang: 4680mm, Lebar: 1785mm dan Tinggi: 1460mm.
  • Jarak roda – 2670mm.

Dari segi rekabentuk, memang model ini banyak dipengaruhi oleh Geely Borui, yang paling ketara penggayaan di bahagian belakang. Pada pendapat kami model ini berpotensi sebagai salah satu model yang bakal dijadikan sebagai Proton, dan ia sangat sesuai untuk menjadi model gantian Persona. Tetapi Proton perlu mengolah kembali rekabentuk model ini supaya sesuai dengan identitinya terlebih dahulu jika mendapat restu dari Geely.

Apa pendapat anda mengenai model ini? Sesuai ke untuk jadi model gantian Persona? Kami rasa dengan rekaan sebegini dan tanda harga Persona semasa dikekalkan atau boleh turun sedikit lagi, sudah pasti ia bakal menjadi sedan kegemaran rakyat Malaysia pada masa akan datang. Setuju ke tak?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Pendapat saya model ni lebih sesuai jadi model gantian Preve.. Dimensinya lebih kurang Preve, jarak rodanya lebih panjang dari Preve.. Tanda harga Preve semasa boleh dikekalkan.. Kuasanya 133 HP hingga 136 HP tidak jauh beza dengan Preve premium 138 HP..

Leave a Reply