ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

INTIP : Prevé Refinement siap sedia untuk dilancarkan!

Views

Nampaknya dah semakin hampir tarikh pelancaran model Prevé Refinement. Beberapa foto yang tertiris ini telah mula berlegar di laman group Proton Iriz Club Malaysia (PICM) dan PROTON PREVE COMMUNITY (MALAYSIA) mulai semalam. Prevé Refinement menggunakan jeriji yang sama pada Suprima S dengan bumbung dan cermin sisi dicat hitam.

Model yang diperhalusi ini lebih menumpukan pada NVH, untuk mengurangkan bunyi dan gegaran di dalam kabin menerusi penggunaan tiga cagak enjin, selain pengenalan warna baharu dan hanya ditawarkan dengan enjin 1.6 liter turbo (tiada lagi CamPro IAFM+). Difahamkan model ini turut mendapat talaan semula pada Unit Kawalan Enjin (ECU) dan Unit Kawalan Transmisi (TCU) untuk pemanduan lebih lancar dan responsif.

Berkemungkinan juga Hos Penyejuk Minyak (OCH) baharu akan dipasang pada model ini selain rim aloi bersaiz 17 inci baharu. Tiada perubahan ketara di dalam ruang kabin kecuali kemasan ala serat karbon pada panel di papan pemuka dan mungkin kemasan fabrik/kulit tempat duduk dengan corak baharu.

Kami jangka model Prevé Refinement akan diperkenalkan semasa acara Malaysia Autoshow 2017 yang akan diadakan bermula 9 hingga 12 November ini di MAEPS, Serdang. Tak lama dah, tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

8 Comments

Leave a Reply