ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

INTIP : Proton Boyue ditemui lagi, masih pemanduan sebelah kiri

Views

Semakin kerap kita menemui kelibat unit prototaip ujian bakal SUV pertama Proton ini sedang diuji kan? Foto itipan terbaharu ini telah kami perolehi oleh Amir Zaheen Minhaj di dalam kawasan masjid Politeknik, Shah Alam sebentar tadi setelah selesai solat Jumaat. Model yang diuji ini masih lagi dengan pemanduan sebelah kiri dan sarat dengan celoreng penyamaran serta kelihatan ada objek seakan hos berada di atas papan pemukanya.

Menurut maklumat tambahan yang diperolehi dari Amir Zaheen Minhaj, model ini menggunakan tayar keluaran syarikat Cooper Tire yang bersaiz 225/60/18. SUV pertama Proton ini bakal dilancarkan pada suku ketiga tahun ini dan dikatakan 3,000 unit terawal akan di bawa secara CBU dari China sebelum versi CKD yang dipasang di Tanjung Malim mula dipasarkan tahun depan. Pembinaan kilang pengeluaran terbaharu usahasama Proton-Geely kini telah bermula dan ia dijangka siap awal 2019.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

10 Comments

Leave a Reply