ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Proton Persona facelift dikesan depan gerai itik salai

Views

Sebenarnya kami telah memperolehi foto-foto ini beberapa hari lepas, namun memandangkan ketika itu mood netizen masih belum reda lagi dengan Perodua Aruz jadi kami sengaja lewatkan masa untuk memuat naiknya ke sini. Foto intipan Persona facelift telah dihantar oleh Nik Fitri dan menurutnya unit ujian yang masih berceloreng ini berjaya dikesan oleh rakannya, Joy Zul.

Ketika itu rakannya baharu sahaja hendak menjamu selera di gerai itik salai Mashtur di Sungai Ramal Dalam. Semasa pemandu kereta tersebut sedang berhenti makan, kereta tersebut ditutup sepenuhnya dengan kanvas hitam. Setelah selesai makan barulah ia dibuka semula dan mereka terus beredar dari kawasan tersebut dengan pantas.

JOM BACA >> Apa model baharu yang bakal dilancarkan Proton antara 2018 hingga 2023?

Disebabkan itulah foto intipan kali ini hanya sempat dirakam dari jarak yang agak jauh, kerana kereta tersebut beredar ketika perakam foto ini sedang makan. Kami puji semangat dan keterujaannya untuk merakam detik tersebut sampai sanggup berhenti makan buat seketika dan dapatlah juga foto-foto ini untuk tatapan kita semua.

Buat masa ini kami masih lagi menanti maklumat terkini mengenai model Persona facelift yang sedang dalam fasa pengeluaran peringkat awal. Besar kemungkinan ia dilancarkan tidak lama lagi dan selepas pelancaran model ini, bakal menyusul pula model Iriz MC2. Model ini bukan sahaja diberi perubahan kosmetik luaran dan dalaman, bahkan ia turut dipertingkatkan dari segi NVH dan dikatakan transmisi CVTnya nanti lebih lancar dan kurang menyentap (jerking).

JOM BACA >> SUV tujuh-tempat duduk Perodua Aruz dilancarkan – Harga bermula dari RM72,900

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply