ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT ke tu?

Views

Kami memperolehi foto intipan Proton X70 terbaharu ini yang telah dimuat naik oleh Mohd Mfh di laman group Proton X70 Community Malaysia (X70CM) beberapa jam yang lalu. Menurutnya kelibat unit ujian X70 yang ada sedikit tampalan penyamaran telah berjaya di kesan sekitar Ayer Hitam, Johor. Jika dilihat dari luar tiada apa-apa perubahan yang mencurigakan tetapi ada sesuatu yang istimewa di dalamnya.

Sebenarnya X70 ini berkemungkinan sedang menguji kombinasi enjin 1.5 liter TGDi dengan transmisi tujuh kelajuan dwi-klac – DCT. Kenapa kami berkata begitu? Cuba anda lihat kepada tombol gearnya yang sangat berbeza dengan model X70 semasa. Setelah membuat sedikit kajian, rupa-rupanya tombol gear itu sama dengan model Bin Yue.

JOM BACA >> PANAS : Foto Proton Iriz MC2 bocor lagi!

Ada beberapa kebarangkalian di sini. Pertama, adakah X70 ini sedang menguji versi CKDnya nanti? Ini kerana dalam dalam artikel terdahulu, kami telah berjaya membongkarkan beberapa varian baharu untuk X70 versi CKD, namun pihak pengurusan Proton telah menyangkalnya. Mereka cuma berkata versi CKD nanti tetap akan menggunakan enjin serta transmisi yang sama, tetapi kalau ikutkan Geely Bouye facelift 2019 nanti akan menggunakan enjin 1.5 liter TGDi dengan transmisi tujuh kelajuan dwi-klac – DCT.

Kedua, ada kemungkinan ia dijadikan keldai ujian (mule test) untuk menguji enjin dan transmisi SUV kompak Bin Yue (SX11) yang bakal menjadi Proton X50 mengikut andaian kami. Disebabkan Bin Yue (SX11) masih baharu di pasaran China, mungkin unit ujian sebenar versi pemanduan kanan sedang dibangunkan ketika ini dan untuk memastikan pembangunannya berjalan lebih cepat, Proton menguji penjana kuasa dan transmisinya pada X70 terlebih dahulu.

Apa pun, hanya Proton sahaja mengetahui tujuan sebenar unit ujian X70 ini. Kita hanya boleh mula ‘membawang’ dahulu sementara menunggu foto dan info menarik yang seterusnya.

JOM BACA >> PANAS : Imej belakang Proton Iriz MC2 tertiris!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply