ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Tun Mahathir diberi taklimat mengenai Geely Emgrand GS – Bakal jadi model terbaharu Proton ke?

Views
Kenapalah Proton tak ambik kereta ni dulu sebelum Boyue?

Sebentar tadi laman Facebook Carjacked.my telah memuat naik dua keping foto yang memaparkan YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Datuk Seri Syed Faisal Albar serta beberapa individu yang lain termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong sedang melihat sebuah crossover kompak berwarna putih. Datuk Seri Syed Faisal juga dilihat seperti penerangan mengenai model tersebut kepada Tun Mahathir dalam sesi tertutup itu.

Model yang kelihatan dalam foto terebut adalah Geely Emgrand GS yang merupakan sebuah sebuah crossover kompak yang dijana oleh enjin 1.8 liter dan digandingkan dengan pilihan transmisi 6-Kelajuan manual dan 6-Kelajuan Dwi-Klac (DCT). Namun tidak dipastikan bilakah foto ini diambil, sama ada foto yang terkini ataupun foto lama yang dimuat naik kembali.

JOM BACA >> Iklan acah kedua SUV Perodua (D38L) – Bentuk jeriji mula kelihatan

Sebenarnya perkara pertama yang terlintas dalam pemikiran kami, adakah ini memberi petanda model tersebut bakal menjadi model terbaharu Proton selepas X70. Jika benar, ia merupakan satu berita yang amat dinanti-nantikan. Jika tidak, lupakanlah sahaja model tersebut dan berharap model yang lebih baik seperti Bin Yue@SX11 tiba ke negara kita nanti.

Jujurnya pada pendapat kami, model inilah yang sepatutnya dibawa masuk terlebih dahulu sebelum X70. Jika ia dibawa masuk dan dijual pada harga di bawah RM80,000 seunit, kami jangka ia bakal menjadi SUV ‘paling hangat’ di pasaran tempatan. Lihat sahaja reka bentuknya yang sporty dan bergaya, sudah pasti ia menjadi ‘kegilaan’ rakyat Malaysia.

Setuju tak dengan pendapat kami? Sila tonton video di atas untuk mengetahui lebih lanjut mengenai model ini.

JOM BACA >> Pengeluaran Proton Prevé berakhir? Apakah model yang bakal menggantikannya?

KLIK UNTUK BESARKAN

Geely Emgrand GS

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments

Leave a Reply