ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

INTIP : Unit ujian Cafe Racer terbaharu Modenas berjaya dikesan!

Views

Tidak syak lagi foto intipan terbaharu motosikal Cafe Racer ini adalah model terbaharu Modenas yang dihasilkan secara usahasama dengan Bajaj Auto dari India. Foto ini telah berjaya dirakam oleh Zul Mohd Ali, namun kami tidak dimaklumkan mengenai di manakah lokasinya. Dari bentuk lampu belakangnya jelas ia memperlihatkan rekabentuk yang sama dengan model Bajaj V.

BACA >> Modenas sah lancar tiga model baharu 19 Mei ini!

Dalam artikel terdahulu, kami juga berjaya memperoleh foto intipan motosikal yang menyerupai model Bajaj Pulsar RS200, tanpa sebarang tampalan penyamaran yang berjaya dikesan sekitar kilang Modenas di Gurun. Modenas bakal melancarkan tiga buah model iaitu naked bike (Bajaj Pulsar NS200), sportbike (Bajaj Pulsar RS200) dan Cafe Racer (Bajaj V) pada 19 Mei ini. Kalau ada yang berhajat nak beli motosikal baharu tu, tunggu la dulu model-model ini dilancarkan ye!

BACA >> INTIP : Adakah ini model usahasama Modenas dan Bajaj?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply