Seperti yang dijanjikan, petang semalam kami telah terserempak dengan sebuah unit pandu uji Volkswagen Tiguan baharu tanpa sebarang tampalan pelekat penyamaran dan menggunakan nombor plet perdagangan C1228A. Kelibat Tiguan tersebut yang dipandu orang seorang lelaki berbangsa asing berjaya dikesan di Jalan Teluk Sisek menuju ke Teluk Cempedak.
Adakah ini petanda pelancaran Tiguan semakin hampir? Namun begitu kami masih belum mendapat sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran rasmi SUV ini, tetapi kami menjangkakan Volkswagen Malaysia tidak akan menunggu lebih lama lagi untuk memperkenalkannya. Kita nantikan!
KLIK UNTUK BESARKAN
rebadge jadi Proton Tiguan!
GUA SETUJU KERETA JERMAN RINGKAS TAPI TEGAP DAN MEYAKINKAN.