ARKIB

KATEGORI

Buletin

Iriz Refinement 2017 : Apa yang kami tahu?

Views

Perisik Mat Bond kami baharu sahaja menerima beberapa maklumat terkini mengenai Iriz Refinement atau Iriz 2017 yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Apa yang membezakan Iriz Refinement dengan Iriz yang sedia ada? Apa yang kami tahu Iriz Refinement ini adalah versi yang berkongsi pakej NVH dengan model Persona. Walaupun secara zahirnya luaran masih lagi nampak sama, tapi kadar kesenyapan kabinnya lebih baik berbanding model sebelumnya.

Iriz Refinement akan menggunakan tiga tapak (mounting) enjin dan beberapa penambahbaikan termasuk tambahan pelapik kedap bunyi di bahagian papan pemuka. Kami diberitahu pakej NVH ini membuatkan berat badan Iriz Refinement naik sehingga 10kg. Walaupun bertambah berat badan, pecutannya menjadi lebih lancar disebabkan penalaan semula pada tetapan Unit Kawalan Transmisi (TCU) dan ia lebih pantas sesaat berbanding dengan Iriz sedia ada.

BACA >> INTIP : Iriz 2017 sedang diuji tanpa mod penyamaran

Iriz Refinement akan ditawarkan dalam empat varian :

1.3 MT Standard
1.3 CVT Standard
1.3 CVT Executive
1.6 CVT Premium

Varian 1.6 CVT Premium sahaja akan dicat dengan dua tona, warna badan dengan tambahan warna hitam Quartz di bahagian bumbung, cermin sisi, spoiler dan sayap dibahagian jeriji depan. Kali ini kemasan tempat duduk varian ini akan menggunakan bahan separa kulit yang digabungkan bersama fabrik dengan kemasan jahitan benang merah. Lampu nyalaan siang LED (DRL) masih dikekalkan pada varian ini tetapi ciri-ciri seperti tingkap anti-perangkap dan cermin sisi dilipat secara automatik telah dimansuhkan.

Foto paparan sesentuh multimedia dari model Persona

Rim untuk varian ini bersaiz 15 inci. Paparan skrin sesentuhnya pula mendapat unit yang baharu yang kini telah mula dipasang pada model Persona varian Premium yang mempunyai ciri Smart Link. Butang penghidup enjin pula hanya ditawarkan pada varian Executive dan Premium sahaja. Kesemua varian akan mendapat tombol gear baharu dengan rekaan yang sama dengan Persona.

Varian Executive akan mendapat tambahan spoiler belakang dan juga lampu kabus selain rim bersaiz 14 inci, tetapi kedua-dua ciri ini tiada pada varian Standard. Untuk kemasan tempat duduk di bahagian dalam, varian Executive dan Standard akan menggunakan fabrik sepenuhnya. Iriz Refinement akan mempunyai indikator mod ECO tetapi tidak mempunyai fungsi lampu hadapan automatik seperti model Persona. Kesemua varian akan menggunakan karpet jenis yang lebih melekat dan tidak mudah bergerak.

Lima pilihan warna ditawarkan :

Silver moon dust
Ruby red
Atlantic blue
Cotton white
Carnelian brown

JOM TONTON >> MESTI TONTON : Engear – Episod 1

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply