ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isuzu masih lagi jenama kenderaan komersial No. 1 di Malaysia

Views

Isuzu Malaysia masih kekal jenama pilihan No. 1 di Malaysia untuk segmen kenderaan komersial selama empat tahun berturut-turut. Walaupun berhadapan dengan pasaran yang tidak menentu, di samping penurunan nilai matawang ringgit yang mengakibatkan kenaikan harga, Isuzu Malaysia bukan sahaja masih dapat mengekalkan kedudukan tersebut, malah berjaya meraih 13 peratus bahagian pasaran dalam segmen pikap, selain dari peningkatan jualan sebanyak 20 peratus untuk alat ganti selepas-jualan.

Berdasarkan maklumat data yang dikeluarkan baru-baru ini oleh Persatuan Automotif Malaysia, trak Tugas Ringan Isuzu ELF masih menjadi pilihan utama, dengan jualan 5,237 unit pada tahun 2017. Walaupun penurunan kecil dikesan pada Jumlah Keseluruhan Industri (TIV), Isuzu masih berupaya untuk meningkatkan bahagian pasaran dalam segmen kenderaan komersial sebanyak 37.1 peratus, berbanding hanya 36.3 peratus pada tahun 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia Sdn Bhd, Koji Nakamura menyampaikan penghargaan dan kegembiraan beliau di atas kemampuan Isuzu untuk berdiri teguh sebagai satu syarikat yang kukuh, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan ekonomi pada tahun 2017. Kepercayaan pihak awam terhadap jenama Isuzu memainkan peranan yang sangat penting dalam pengekalan Isuzu sebagai jenama pilihan kenderaan komersial No. 1 di Malaysia selama empat tahun berturut-turut.

Selain daripada kualiti trak yang kukuh dan kebolehpercayaan terhadap jenama Isuzu, kejayaan Isuzu pada tahun 2017 terhasil melalui perkhidmatan cemerlang yang ditawarkan oleh kakitangan yang berpengalaman luas, selain syarikat-syarikat pengedar yang sentiasa memberikan sokongan padu dalam memastikan hubungan yang baik dengan para pelanggan. Untuk tahun 2018, Isuzu Malaysia akan memastikan kepuasan hati pelanggan sentiasa diutamakan.

Perkhidmatan mesra dan cekap yang disediakan di kesemua Pusat Jualan dan Servis seluruh negara juga merupakan faktor penting yang mendorong kepada kejayaan ini. Tambahan pula, ini membuktikan kemampuan Isuzu sebagai kenderaan komersial yang bersesuaian dengan keperluan perniagaan masakini, yang menawarkan penjimatan masa dan keberkesanan kos untuk pelbagai jenis urusan lojistik,” tambah beliau lagi.

Selain daripada prestasi memberangsangkan jualan trak Tugas Ringan Isuzu ELF, jumlah jualan kenderaan komersial Isuzu dalam kategori Tugas Sederhana, Tugas Berat dan Penggerak Utama juga telah membantu dalam melonjakkan lagi jenama Isuzu menjadi pilihan No. 1 untuk kenderaan komersial di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply