ARKIB

KATEGORI

Buletin

ISUZU semakin dipercayai dan diyakini

Views

Enam unit Isuzu Forward baharu telah diserahkan oleh wakil pengedar berdaftar, Indah Utara Auto Sdn Bhd kepada syarikat YHL Trading (KL) Sdn Bhd baru-baru ini. Indah Utara juga merupakan salah satu daripada empat syarikat yang telah diklasifikasikan sebagai Pengedar Trak MHD (Tugas Sederhana-Berat) Berdaftar Isuzu di Malaysia. YHL Trading pula merupakan anak syarikat di bawah Kumpulan Sin Hock Soon, yang menjalankan perniagaan pengilangan serta pembungkusan beras melalui jenama ‘Sunflower’.

Enam trak baharu ini merupakan tambahan kepada 13 trak tugas ringan Isuzu ELF yang sedia ada di bawah Kumpulan tersebut, yang sebelum ini telah diperolehi untuk berkhidmat di bawah syarikat Sin Hock Soon Transport Sdn Bhd, Sin Hock Soon Edible Oil Sdn Bhd dan YHL Trading Sdn Bhd. Kepercayaan Kumpulan Sin Hock Soon terhadap rangkaian kenderaan Isuzu Malaysia terjalin sejak pembelian pertama pada tahun 2013.

Pada tahun 2015, Kumpulan tersebut telah membuat penambahan kepada flit pengangkutan mereka dengan membeli lapan unit trak tugas ringan Isuzu ELF untuk Sin Hock Soon, dan empat lagi unit di bawah YHL Trading. Pada tahun 2016 pula, satu lagi unit Isuzu Forward FVR285 telah diperolehi.

Majlis penyerahan telah dihadiri oleh Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia, Mikio Tsukui, yang telah menyerahkan replika kunci kepada Tony Yew, selaku Pengarah Sin Hock Soon. Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh Pengarah Urusan Indah Utara Auto Sdn Bhd, Poh Seng Hooi, dan Pengurus Jualan, Tok Beng Chew.

Selain daripada kehebatan rangkaian Isuzu yang dianggap serba boleh, teguh dan bersesuaian untuk pengangkutan jarak jauh, En. Yew juga menyatakan bahawa perhubungan produktif di antara kedua-dua syarikat ini menjadi penentu kuat untuk kekal setia bersama Isuzu Malaysia. Sewaktu majlis penyerahan tersebut, En. Tsukui sempat merakamkan ucapan penghargaan kepada Kumpulan Sin Hock Soon di atas keyakinan dan kepercayaan yang ditunjukkan kepada Isuzu Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply