ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isuzu Trak Pilihan Nombor 1 Di Malaysia

Views

Isuzu jenama kenderaan komersial dari negara matahari terbit, Jepun yang cukup terkenal sekali lagi berjaya mengekalkan kedudukan No. 1 dalam carta jualan untuk tahun 2015 di Malaysia. Isuzu Malaysia telah mencatat jualan 6,387 unit trak Isuzu pada tahun 2015 berbanding 6,321 unit pada tahun sebelumnya. Ini sekaligus menjadikannya sebagai jenama trak paling popular di Malaysia untuk dua tahun berturut-turut.

Dipacu oleh pertumbuhan signifikan dengan permintaan hampir 100% ke atas trak tugas sederhana Forward, trak tugas berat Giga serta trak prime mover, Isuzu meneruskan dominasinya dalam pasaran trak di Malaysia dengan menguasai 36.2% perkongsian pasaran. Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka menyatakan sentimen ekonomi kini yang kian lemah, namun syarikat sentiasa berorientasikan pelanggan sehingga berjaya menyumbang kepada kejayaan ini.

“Kini syarikat pengendali trak sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan kos, dan mereka mendapati trak-trak Isuzu mampu menjimatkan penggunaan bahan api dan penghantaran secara signifikan. Permintaan yang memberangsangkan terhadap trak tugas sederhana dan berat menunjukkan pelanggan dapat merasai perbezaan dari segi kos operasinya,” kata Matsuoka.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah melaksanakan program-program berorientasikan pelanggan. Program itu fokus kepada keperluan yang bukan sahaja melibatkan aspek menambah baik rangkaian pengedaran atau kebolehdapatan alat ganti, malah untuk memastikan para pelanggan dilayan dengan sebaik-baiknya,” tambah Matsuoka.

Untuk mengetahui bagaimana trak terlaris di Malaysia ini boleh membantu menjimatkan kos operasi perniagaan anda, kunjungi pengedar sah trak Isuzu yang berhampiran. Untuk senarai penuh, sila hubungi 1-300-88-1133 atau layari laman web: www.isuzu.net.my/truck

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply