ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan tidak akan beli balik saham Proton – Perdana Menteri

Views
Dalam satu sesi sidang media pasca mesyuarat kabinet di Putrajaya sebentar tadi, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed menegaskan bahawa, kerajaan tidak akan membeli balik saham Proton Holdings Bhd kerana ia merupakan milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Tahun lalu, Zhejiang Geely Holding Group telah memiliki 49.9 peratus saham dan menjadi Rakan Strategik Asing Proton, manakala baki sahamnya dimiliki oleh kumpulan DRB-Hicom. Syed Mokhtar memiliki kepentingan sebanyak 55.92 peratus saham dalam syarikat DRB-Hicom melalui Etika Strategi Sdn Bhd.
Sebelum ini, ada ura-ura mengatakan Pakatan Harapan akan menjayakan satu lagi projek kereta nasional sekiranya mereka berjaya mengambil-alih tampuk pemerintahan selepas Pilihanraya Umum ke-14. Pakatan Harapan telah berjaya memenangi pilihanraya tersebut dan buat masa ini belum ada perancangan untuk merealisasikannya. Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya.
KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply