ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kes kemalangan di Jambatan Pulau Pinang – Pemandu Vios hitam positif ganja

Views

Berita Harian melaporkan, pemandu Toyota Vios hitam berusia 21 tahun yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang, semalam telah didapati positif ganja. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, keputusan itu diketahui selepas ujian saringan awal dilakukan.

Polis juga sudah mengambil sampel darah mangsa untuk mengetahui kandungan alkohol dalam badannya. Pemandu kereta tersebut kini masih dirawat di sebuah hospital swasta kerana mengalami kecederaan di kepala, kaki dan tangan. Sebelum ini, dia dihantar ke Hospital Seberang Jaya dan dibenarkan pulang namun pengsan ketika berada di rumah dan dikejarkan ke hospital swasta.

JOM BACA >> INTIP: Rombongan unit ujian Lynk & Co singgah di Temerloh – Adakah ia petanda jenama ini bakal masuk ke Malaysia?

Dalam kejadian jam 2.45 pagi semalam, dua kenderaan masing-masing Toyota Vios hitam dan sebuah SUV Mazda berwarna putih terbabit dalam kemalangan di kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menuju ke Perai. Pemandu Toyota Vios itu yang bekerja sebagai pendandan rambut cedera dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut manakala SUV putih itu pula berpusing beberapa kali sebelum terjunam ke dalam laut.

Identiti pemandu SUV itu dikenal pasti sebagai Moey Yun Peng, 20, selepas bapanya membuat laporan polis jam 5 petang semalam kerana anaknya yang juga penuntut sebuah kolej swasta itu masih tidak pulang ke rumah. Pemandu kedua-dua kenderaan itu sebenarnya merupakan rakan sejak di bangku sekolah dan mereka dalam perjalanan pulang selepas menyambut parti hari jadi di sebuah kelab di Lebuh, Chulia, Georgetown.

Katanya mereka berdua bersama lima lagi rakan baharu selesai menyambut hari jadi dan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di seberang. Lima lagi rakan mereka pula tinggal di bahagian pulau. Polis kini juga sedang menyiasat sama ada mereka berlumba atau sebaliknya.

JOM BACA >> Apa model baharu yang bakal dilancarkan Proton antara 2018 hingga 2023?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply