ARKIB

KATEGORI

Buletin

Krisis beg udara : Honda bagi pampasan RM50 sehari dan perkenal Hab khusus untuk penukaran alat ganti

Views

Berikutan dengan krisis beg udara keluaran Takata, Honda Malaysia mengumumkan pembukaan Hab Servis Berpusat dan Hab Bergerak untuk memudahkan pelanggan yang terjejas untuk menukar inflator beg udara pemandu dengan lebih cepat. Syarikat turut berasa kesal berikutan ketidakselesaan pelanggan yang terlibat berikutan kekurangan alat ganti di pusat servis.

Selain itu Honda Malaysia turut mengumumkan pembayaran pampasan RM50 sehari kepada pelanggan yang menanggung kerugian disebabkan penangguhan penukaran inflator tersebut. Ini juga merupakan komitmen mereka dalam memenuhi permintaan serta mengurangkan rasa kegusaran pelanggan yang terlibat.

Beberapa lokasi khas akan dijadikan Hab sementara untuk penukaran inflator beg udara Takata bermula 1 Ogos sehingga 30 September 2016. Ia akan beroperasi tujuh hari seminggu, dari jam 8 pagi hingga 7 petang. Lokasi Hab adalah seperti berikut :

• Hab Utara (bersebelahan S.M.J.K. Convent Dato’ Keramat)
Alamat: No.401, Jalan Dato’ Keramat, 10150 Georgetown, Penang

• Hub Tengah – Soo & Sons Metal Works Sdn. Bhd. (bersebelahan Hospital Columbia Asia)
Alamat: Lot 15 Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor.

• Hub Selatan – Oriental Assemblers Sdn. Bhd.
Alamat: 99 & 99A-C, Jalan Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor.

Lokasi Hab Bergerak

Honda Malaysia Mobile Hubs Location

Dijangkakan Hab ini dapat menampung kapasiti tambahan untuk penukaran inflator beg udara selain menjadi pusat penyimpanan stok alat ganti bagi memastikan bekalannya mencukupi. Ada juga model yang perlu menukar inflator beg udara bahagian penumpang, namun Honda Malaysia akan mengutamakan penukaran inflator bahagian pemandu terlebih dahulu.

Hab Bergerak diwujudkan untuk memudahkan pelanggan untuk membuat penukaran inflator berkenaan dengan kadar segera. Sejumlah 24 Hab Bergerak akan beroperasi di 21 stesen minyak Petron terpilih dan tiga lokasi acara Honda Family Road Trip. Ia akan dibuka bermula 5 Ogos hingga 25 September 2016, dibuka setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad di tiga lokasi berbeza, dari jam 8 pagi hingga 7 petang.

HOND-1601-004-CRA-013€Scenario 2

Pasukan Bergerak juga ditubuhkan untuk menyokong Hab Servis Berpusat dan Hab Bergerak dan pasukan ini terdiri staf Honda yang terlatih dari kilang Honda di Melaka. Mereka juga akan mengunjungi pengedar-pengedar kereta terpakai untuk memeriksa status kenderaan Honda yang dijual. Penggantian  inflator beg udara pada kenderaan-kenderaan tersebut akan dibuat jika perlu. Pemilik kenderaan terpakai Honda boleh menyemak status kenderaan mereka dengan memasukan nombor VIN kenderaan mereka di http://productrecall.honda.com.my

Honda Malaysia juga faham mengenai kesulitan pelanggan yang mengalami kerugian kerana tidak dapat menggunakan kereta dan mereka akan diberi pampasan sebanyak RM50 sehari. Tempoh pampasan berkenaan bermula 28 Julai dan berakhir pada 31 Ogos 2016. Pelanggan boleh mendaftar dengan Honda Malaysia menerusi laman web http://productrecall.honda.com.my bagi menuntut bayaran tersebut dan mendapatkan maklumat lanjut.  Pelanggan yang telah mendaftar akan terus dihubungi sekiranya alat ganti mereka telah tiba dan akan dinasihatkan untuk membuat penukaran dalam masa dua hari.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply