ARKIB

KATEGORI

Buletin

KVP sambut baik komitmen Perodua untuk tingkatkan pembelian komponen sebanyak 20 peratus

Views

Kelab Vendor Perodua (KVP) menyambut baik komitmen Perodua untuk meningkatkan pembelian komponen sebanyak 20 peratus ke RM6 bilion tahun ini daripada RM5 bilion tahun lepas walaupun Persatuan Automotif Malaysia (MAA) hanya menjangkakan perkembangan jumlah industri keseluruhan (TIV) sebanyak 0.21 peratus pada tahun 2019.

Komitmen Perodua ini diumumkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad semasa pelancaran Perodua Aruz pada hari Selasa minggu lepas. Datuk Zainal juga berkata bahawa 95 peratus daripada komponen Perodua Aruz adalah daripada pembekal tempatan.

Presiden KVP En Musa Zahidin Ahmad Zaidee berkata, mereka menyokong penuh komitmen Perodua untuk meningkatkan pembelian komponen walaupun perkembangan TIV dijangka kecil tahun ini. Komitmen tersebut bakal mengukuhkan kedudukan mereka dan berharap dapat berkembang bersama dengan Perodua. Tambah Musa, ramai ahli KVP terlibat dalam pembangunan Perodua Aruz dan kini membekalkan komponen untuk model tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Rombongan unit ujian Lynk & Co singgah di Temerloh – Adakah ia petanda jenama ini bakal masuk ke Malaysia?

Menurut MAA, tahun 2018 Perodua telah menjual 227,243 kenderaan dengan menguasai 38 peratus daripada TIV dan mencatat kenaikan 11 peratus daripada 204,867 kenderaan yang dijual pada tahun 2017. Musa berkata bahawa KVP amat menghargai bimbingan dan bantuan yang Perodua telah berikan kepada 138 ahlinya selama ini.

Antara bantuan yang telah Perodua berikan termasuk penetapan syarat pembayaran yang lebih singkat kepada ahli-ahli kami yang terjejas akibat penurunan pembelian komponen mendadak yang bermula pada tahun 2014. Perodua juga telah menambah baik kecekapan kewangan pembekal dengan membeli peralatan pembuatan (tooling) secara terus daripada pengeluar antarabangsa. Dengan pembelian ini, pihak pembekal tidak lagi dibebankan hutang daripada institusi kewangan semasa hendak membeli peralatan tersebut.

Tambah Musa lagi, selain bantuan kewangan yang diberikan oleh Perodua, Daihatsu Motor Company of Japan juga telah memainkan peranan penting dalam membantu pembekal tempatan dan baru-baru ini telah melantik sekurang-kurangnya dua pembekal tempatan untuk menyertai rantaian bekalan globalnya. Daihatsu juga telah memberi komitmen untuk meneruskan sokongan terhadap Perodua dan pembekal tempatannya, selari dengan visi Perodua untuk mengembangkan jenamanya di rantau Asia-Pasifik.

JOM BACA >> Apa model baharu yang bakal dilancarkan Proton antara 2018 hingga 2023?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply