ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lagi foto Suzuki Swift generasi baharu bocor

Views

Jika sebelum ini kita pernah melihat lakaran rasmi Suzuki Swift generasi baharu, foto ini pula memperlihatkan rupa sebenar model tersebut walaupun resolusinya agak kurang memuaskan. Swift tampil dengan rekabentuk baharu sepenuhnya dan akan turut ditawarkan dalam varsi Sport yang lebih berkuasa.

Dikhabarkan Swift Sport baharu nanti bakal mendapat penjana kuasa 1.4 liter empat-silinder berpengecas turbo yang turut dikongsi oleh Vitara S yang mampu mengerah 140 kuasa kuda. Ia bakal digandingkan bersama transmisi enam kelajuan manual.

Kami tidak pasti sama ada model ini bakal masuk ke pasaran Malaysia dengan menggunakan lambang rimau Proton nanti. Bukan apa, kami risau akan berlaku pertembungan sesama sendiri dengan Iriz yang turut berada dalam segmen yang sama.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

8 Comments


  • Tidak ada keperluan buat Proton untuk rebadge Swift walaupun ramai di luar sana yang inginkan Swift dijadikan anak angkat Proton. Apa Proton patut buat adalah menaiktarafkan model sedia ada Iriz dengan meningkatkan kualiti dan performance sama seperti Persona 2016, tak pun lebih baik lagi. Proton perlu lihat dan perbaiki kelemahan Iriz seperti dasboard rattling, CVT tak smooth dan bunyi exhaust bising. Jadi kan Persona sebagai benchmark.

    Kalau nak rebadge model Suzuki pun, rebadge lah model A-segment hatcback iaitu Suzuki Celerio. Tak pun ambil platform Celerio dan diubah suai dan dipertingkatkan agar dapat menepati piawaian ASEAN NCAP 5-bintang.


    • Rebadged Suzuki vitara adalah lebih baik. Swift Dan Celerio tidak perlu rasanya. Iriz sudah cukup baik cuma perlu tingkatkan khidmat selepas jualan. Saga(sedan) lebih praktikal berbanding Celerio(HB). Iriz perlu dipertingkat lagi dikemudian hari. Mungkin boleh gantikan nadi iriz model 1.3L kepada 1.0L i3 t-gdi dan ciri² jauh lebih baik dari Celerio 2017. Manakala iriz 1.6L digantikan kepada 1.5L t-gdi Dan ciri²nya perlu lebih baik Dari Swift 2017.


      • Cadangan yang menarik dan mungkin Suprima FL lebih sesuai dipertingkatkan modelnya. Suprima FL Standard boleh menggunakan enjin baru 1.2L t-gdi dan features jauh lebih baik dari VW Polo dengan harga jauh lebih murah daripada harga Polo (bawah 70k). Manakala Suprima FL Sport boleh menggunakan enjin 2.0L t-gdi dan features jauh lebih baik dari VW Golf GTi dengan harga jauh lebih murah daripada harga Golf GTi (bawah 100k).


    • Loser!
      nak rebadge perlu kajian, bukan rebad je suzuki. rebadge model atau segment yang belum dibangunkan Proton supaya tiada pertindihan model sesama sendiri.


      • X payah tindih2 la…bukan aksi reproduksi pun…senang je proton stop rnd 5 6 tahun..produce je rebatch..adq duit buat la skit2 balik..blajar design kereta balik…buang je org design syok sendiri tu


    • Apa kata mintak suzuki Rebadge model Proton Iriz Jadi Suzuki Iriz/Suzuki Neo.. Enjin masih tetap Campro VVT, CVT tetap Punch.. jgn usik apa2.. Letak logo Suzuki je kat depan & stering!

Leave a Reply